Wednesday, June 18, 2008

Berita Gembira

17 jun 2008 ( Kosmo )

Had kelayakan bantuan OKU dinaikkan

BANGI - Had kelayakan penerima elaun bantuan Orang Kurang Upaya (OKU) yang sebelum ini ditetapkan kepada mereka yang berpendapatan sekitar RM750 sebulan, kini dinaikkan kepada RM1,200 sebulan bagi memboleh- kan lebih ramai golongan itu menerima bantuan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr. Ng Yen Yen berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira beban yang ditanggung oleh golongan terbabit ekoran kenaikan harga minyak dan barangan keperluan lain.

Beliau memberitahu, elaun bantuan RM300 kepada semua penerima mengi- kut had kelayakan baru itu sudah disampaikan pada bulan lalu dan berharap ia bukan sahaja dapat mengurangkan beban mereka, malah membolehkan mereka berdikari.

"Mereka perlulah berdaftar dengan kementerian dan mengemukakan bukti seperti slip gaji bagi membolehkan mereka menerima elaun bantuan itu," kata- nya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah perkhidmatan cemerlang peringkat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di sini semalam.

Sementara itu, Yen Yen memberitahu, ekoran kenaikan harga minyak dan barang-barang keperluan, pihaknya juga sudah memohon kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menaikkan elaun bantuan OKU dan golongan miskin yang berkeluarga daripada RM400 kepada RM700 sebulan.

Hore!! saya akan pergi ke JKM untuk membuat permohonan. Wahai orang Pekak yang bergaji rendah, marilah pergi ke JKM ramai-ramai. Kita buat permohonan kalau tidak mahu pergi, makan Maggi lah anda yang sombong.

Saturday, June 14, 2008

Berita sedih

1. Saya terima sms daripada kawan Pekak fasal keputusan perlawanan bolasepak Pekak di Bangkok. Perlawanan itu ganti Sukan Asia Pasifik di Kuwait yang batal.

2. Pasukan Malaysia pergi naik keretapi dari Butterworth ke Bangkok, jauh, 1. 1/2 hari lama dan letih untuk pemain kita. Mengapa tak naik AirAsia, murah juga dan selamat dan cepat. Saya juga orang Pekak beritahu Presiden Lim Heng Tuck dan MK, Pengurus Malaysia naik kapalterbang, tak bersama-sama pemain. Ini tak adil. Mereka mesti sama-sama pergi naik keretapi. Mana boleh boss naik kepalterbang, pemain naik keretapi.

3. Keputusan perlawanan, Kazakatan 3 - Malaysia 0, Malaysia 2 - Iraq 2, Thailand 9 - Malaysia 0. Malaysia kalah besar lawan Thailand, malu besarlah. Saya pun sangat malu, bolasepak Malaysia Pekak lama dari Thailand, mereka baru. Dulu kita menang besar lawan Singapore dan Indonesia dan Taiwan dan lain-lain negara. Tapi sekarang kita kalah. Salah siapa? Malaysia tak dapat pergi ke Deaflympik. Kalah.

4. Kalau bolasepak normal luar negara, negara kalah, pengurus kena pecat, buang kerja. Sekarang saya tak tahulah orang Pekak pemimpin mahu buat apa? Mahu Pecat Lim dan Pengurus MK? Mereka bertanggungjawab. Semua EXCO MSFD juga mesti bertanggungjawab. Mesti AGM segera dan tukar pemimpin baru.

Thursday, June 12, 2008

Apabila minyak naik harga....

Hello, semua pelawat blog saya.

1. Apabila minyak naik harga, masalah saya dan famili bertambah. Tangki motorsikal RM 5 seperti biasa nampak sikit, pergi balik kerja, naik motor, pergi kedai beli barang makan, minyak habis cepat. Nak pergi jumpa kawan belanja makan roti canai minum teh tarik dan gossip tak bolehlah.

2. Inilah masalah kita orang pekak sekarang, apa boleh buat, kita menyesal sebab dulu masa sekolah tak belajar rajin, tak lulus SPM. Kalau ada SPM, ada sijil universiti ada dapat kerja yang baik dan gaji besar lebih juga dari sekarang.

3. Ingat masa sekolah rendah dan menengah dulu guru sekolah tak tahu bahasa isyarat, kita orang pekak ajar guru2 bahasa isyarat lah, kita tak dapat duit pun ajar guru bahasa isyarat. Ramai guru makan gaji buta sahaja, tak takut dosa, tipu orang pekak pula tunjuk pandai ajar tapi kita tak ada motivasi dan gagal. Bukan mahu salahkan guru2 tapi itu adalah berlaku dan sekarang kita hadapi masalah.

4. Kita mesti berjimat sekarang, jangan pergi jalan-jalan buang minyak. Pergi persatuan ok, pergi belajar ok, pergi ngorat gossip dengan kawan kacau lelaki perempuan - tak ok sebab tak ada faedahnya. Orang Islam pergi sembahyang Jumaat jangan lupa. Minta doa selamat diri dan keluarga ok.

5. Ini cadangan saya sahaja untuk hadapi duit habis sebab isi minyak motor. Ingatlah kita juga jaga motor dengan baik, tukar minyak hitam, jaga baik2 sebab kalau rosak nanti kena bayar mahal, buat rugi ok. Jangan rempit ok.

6. Kita juga perlu makan ada zat yang baik, jangan beli makan murah dan busuk nanti sakit dan rugi pergi hospital. Kesihatan kita sangat penting juga ok. Kalau sakit tak pergi kerja tak buat OT dan kita tak dapat duit lebih. Saya selalu buat OT untuk bayar duit motor tahu.
Ok, ini sahaja cadangan saya. Kalau nak ikut ok lah, kalau ada idea lain silakanlah kita bincang sini.

TC

Wednesday, June 4, 2008

Harga Minyak Naik!!!!

Petrol naik 78 sen kepada RM2.70 seliter, diesel naik RM1 kepada RM2.58 seliter berkuat kuasa tengah malam ini
04/06/2008 5:56pm
PUTRAJAYA 4 Jun - Harga petrol dinaikkan RM0.78 seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa mulai esok.
Ia merupakan kenaikan harga hampir 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pada sidang akhbar di sini hari ini.
Harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58 sekarang.
Bagaimanapun, untuk mengurangkan beban rakyat, Abdullah berkata, kerajaan akan memperkenalkan rebat tunai bahan api dibayar kepada pemilik kenderaan persendirian sebagai satu bentuk subsidi minyak.
Perdana Menteri juga mengumumkan tarif elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang ditentukan secara progresif berdasarkan kegunaan. - Utusan.

Tuesday, June 3, 2008

IT Sex Abuse

Matlamat kerajaan Malaysia - MSC ada kebaikan. Sekarang orang Pekak sudah mahir dalam IT, orang Pekak dah pandai guna sms, dulu orang Pekak tak berani guna hp cakap tak ada duit dan tak tahu tulis BM atau English. Tetapi sekarang orang Pekak ramai-ramai guna hp untuk sms hubungi kawan, keluarga dan lain-lain lagi.
Orang Pekak juga menggunakan PC, mereka hantar emel tetapi sekarang mereka chat guna IM, MSN dan lain-lain. Ramai sudah tukar ke web chat guna skype, msn, yahoo, oovoo, camfrog dan lain lain. Orang Pekak dah jadi orang yang ada informasi, ada pengetahuan, ada perhubungan dan celik IT.
Sekarang juga orang Pekak guna video phone guna untuk komunikasi pakai 3g. Hebat, boleh guna BIM bercakap dengan kawan pekak guna BIM juga. Ha ha ha, masa orang Pekak guna BIM bercakap di 3g, orang normal katakan orang Pekak gila sebab bercakap BIM sendiri. Mereka tak faham apa orang Pekak buat.
Masalah sekarang, orang Pekak salah guna IT, gambar 3g dari kawan tunjuk gambar lucah orang Pekak sex bersama kawan Pekaknya dan dikongsi antara kawan dan hantar ke kawan lain ke seluruh negara. Juga ada gambar perempuan Pekak tunjuk buah dada di web chat. Malu orang Pekak sebab buat itu, mengapa berlaku sebab tak ada ajaran supaya jangan salahguna IT. Masalah sosial telah bertambah naik.
MFD dan belia Pekak mesti berhentikan masalah ini. Lupakan MSFD sebab sibok dengan masalah mereka. Kepada pemimpin, jangan tunjuk lagak jadi pemimpin terbaik tetapi tak tahu buat kerja untuk masalah ini. Kita mesti bersama-sama sokong program IT Sex Abuse iaitu ambil gambar sex dengan kawan, tunjuk buah dada dan sebagainya. Kita mesti ajar orang Pekak hormati diri dan jaga maruah diri.
YMCA Deaf Club dulu ada menang hadiah kumpulan terbaik program sex abuse, IT program, apa sudah jadi now? Biasa lah Hot hot chicken shit aje.
MFD juga menang anugerah epekak oleh UN epekak hanya ajar faham IT sahaja tetapi ajar IT Sex Abuse belum ada program di buat.
Oleh itu cadangkan buat program ajar orang Pekak memahami penggunaan IT dengan baik dan jangan salahgunanya.
Macam Marzuki janganlah salahguna blog buat cerita yang tak baik atau cerita salah fakta. Kita mesti tunjukkan kebijaksana kita orang Pekak.