Tuesday, July 8, 2008

MSFD lagi

Hi sahabat Pekak semua,

1. Maaf kerana lama tak update cerita baru di blog ini sebab tak ada gosip baru dari kawan Pekak. Saya lama tak melawati sebab minyak naik, best simpan duit duduk rumah tengok dvd.

2. Ramai pelawat masih datang melawat ke blog ini dan ada juga hantar berita.

3. Cerita baru saya terima no 1 ialah masalah MSFD sekarang, KLSD hantar tak percaya Presiden MSFD dan suruh letak jawatan. Sampai hari ini tak ada mesyuarat MSFD bincang surat daripada KLSD. Dulu AGM PDA juga tak percaya Presiden, ada hantar surat rasmi sudah ke?

4. SUA MSFD tak buat kerja kah? Harap hormat permohonan KLSD dan panggin bermesyuarat bincang isu tersebut. Kita tunggu dan lihat how keputusan EXCO KLSD, berani atau pengecut?

5. Kalau EXCO MSFD tak buat keputusan keras, EXCO MSFD tak guna dan patut letak jawatan. Kalau tak nak letak jawatan mesti ada sebab di sebaliknya. Mungkin EXCO MSFD terlibat dengan skandal atau konsipirasi? Mengapa takut?

6. Cerita no 2 saya terima dari pelajar politeknik Johor ialah MFD hilang duit, Presiden MFD salah guna. Tetapi saya siasat dan sebenarnya ialah MSFD hilang duit, berapa? banyak juga kata orang Pekak yang kenal rapat dengan MSFD.

7. Kalau betul hilang duit MSFD mengapa tak lapor polis dan ambil tindakan? Kalau tak lapor juga mungkin sebab EXCO MSFD juga terlibat? Harap EXCO MSFD sila ambil tindakan, jangan biarkan orang Pekak lihat EXCO MSFD semua buat salah dan tak tahu buat kerja. Kita perlukan MSFD untuk pembangunan sukan Pekak.

Sila ambil tindakan wahai EXCO MSFD.