Wednesday, August 27, 2008

Mesej kepada pemimpin MFD/MSFD

Lelaki pekak dan bisu dipenjara empat bulanKemaskini: 27/8/2008

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki pekak dan bisu dijatuhi hukuman penjara empat bulan setelah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencuri dan gagal menunjukkan kad pengenalan apabila diminta pihak berkuasa.

Lum Chong Weng, 36, mengaku mencuri lapan botol syampu jenama “Head & Shoulders” bernilai RM158.40 di kedai Watson, Tingkat 1, Kota Raya, Jalan Tun Tan Cheng Lock di sini pada pukul 2.30 petang, 24 April lalu.

Bagi kesalahan mencuri dia dihukum penjara empat bulan dan dan penjara sebulan bagi kesalahan gagal menunjukkan kad pengenalan.

Bagaimanapun, Lum hanya perlu menjalani hukuman penjara empat bulan selepas Majistret K.Pavani memerintahkan hukuman itu berjalan serentak bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu 24 April lalu.

Lum yang mempunyai dua rekod kesalahan lampau mencuri, menerusi jurubahasa bahasa isyarat, memohon hukuman ringan kerana kesalahannya mencuri "rekod lampau” telah lama berlalu.

..... bawah ini komen mohd azahar 83 dari epekak group..............

teruknya komuniti pekak bisu sekarang.... .tidak habis-habis masuk surat khabar (nak popular ke macam mahu masuk neraka je,hampeh).. ..komuniti pekak bisu amat dihormati dan istimewa dikalangan masyarakatkita....namun amat kecewa kejadian ini tidak diingini masyarakat kita....kemana hilangnya kepimpinan komuniti kita....
Wahai presiden pejuang pekak bisu tengah tidur ke? cadangan aku , kita mesti adakah pameran/forum/ taklimat kesedarankomuniti pekak bisu mengenai undang-undang negara kita....
Anggota polis juga perlu hadir memberi petunjuk,hukuman, dan lain-lain.disambil itu jabatan kebajikan perlu terlibat untuk memberipengetahuan, merekod kad keahlian oku,dan sebagainya utk membantukomuniti kita.
Pameran kerja kosong untuk komuniti pun mesti diadakan juga sebab aku rasa dikalangan komuniti kita banyak penganggur.
wahai kawan2(komuniti pekak bisu), sila beri komen ......

Tuesday, August 26, 2008

Kamarzaman Presiden MSFD

Laporan www.mfd.org.my, Mesyuarat Agung MSFD pada 24/08/2008 telah selesai sudah. Tahniah Kamarzaman kerana jadi Presiden MSFD, berita dan gosip orang Pekak ada lah betul dan tepat, Lim Heng Tuck tidak jadi Presiden MSFD.
Dengar gosip, persatuan akan cadangkan semua EXCO MSFD tukar ganti baru tetapi gosip tak tepat. Kamarzaman dan Pong ialah EXCO MSFD yang lama tetapi masih dilantik juga dalam EXCO MSFD. Saya rasa wakil hari itu, kesian sahaja dan bagi peluang kepada mereka.
Tetapi ingat, kalau mereka gagal buat kerja juga akan berlaku macam Lim Heng Tuck. Orang Pekak pandai sekarang berikan peringatan supaya agar EXCO MSFD baru akan buat kerja yang baik, amanah serta jujur juga. If not kena bye bye..
Mohon EXCO MSFD jangan hanya mahu guna MSFD keluar negara ambil kesempatan bisnis dan sebagainya. EXCO MSFD juga mesti ada tunjuk ketuanan orang Pekak. Mesti bngunkan sukan yang selalu gagal sekarang.
Perubahan MSFD juga berikan amaran kepada Md Sazali bahawa tsunami politik juga akan melanda di MFD jika Md Sazali tak buat kerja yang baik.
Md Sazali pemimpin baik dan berjaya tetapi lemah juga ada. Saya tak percaya orang lain kata Md Sazali berjaya sebab bantuan ehsan orang normal. Md Sazali hebat buat kertas kerja, pidato sebab itu dia dapat 11.2 juta. Ramai yang jealous dengan kehebatan dia.
Kelemahan Md Sazali ialah sebab tak kawal baik program itu, kalau tak percaya mari melawat MFD, pejabat dia dan staf pekak buruk tak cantik tetapi pejabat orang normal di tingkat 4 sangat hebat lebih dari orang Pekak. Ini salah tahu. Md Sazali telah ada kelemahan gagal kontrol orang normal ketuanan orang Pekak. Gaji orang normal lebih tinggi dari orang Pekak, ini salah. Mesyuarat MFD dahulu ada buat bantahan kepada Md Sazali.
Program 11.2 juta juga untung orang normal tapi orang Pekak tak untung juga. Sekarang saya dapat tahu orang normal tinggalkan projek itu, baguslah, orang normal itu buat kesalahan sebab tunjuk besar dari Md Sazali. Ok selamat tinggal dan terima kasih tetapi akan menjadi sejarah bagaimana jahatnya orang normal ambil kesempatan dari orang Pekak.
Ok, kita tunggu akan AMG MFD nanti.

Saturday, August 16, 2008

Siapa Pemimpin Baru MSFD dan MFD

Hi,

Apabila saya tulis blog baru, ada 2 orang beri bantahan. Saya kenal seorang itu ialah M****** seorang penulis blog macam saya. Terima kasih kerana baca blog saya dan hantar bantahan.

Maaf saya tak busuk hati akan MSFD, kejayaan dan pemimpin lama. Saya tak kutuk, tetapi ingin beritahu Lim Heng Tuck nak bersara dan siapa pengganti beliau?

Juga MSazali, dia sudah lama dengan MFD. MFD sudah amat berjaya dan kita nak tahu orang Pekak nak tukar ke MSazali itu? Dia dah buat kerja yang baik untuk komuniti kita? Siapa boleh lawan kehebatan MSazali?

MSazali ialah ahli KLSD yang saya tahulah, kita tunggu dan lihat KLSD akan namakan MSazali sebagai pemimpin MFD di AGM MFD nanti.

Saya juga dapat tahu bahawa MSazali sekarang cuba tolong masalah MSFD... oh baik hatinya MSazali, dulu orang sukan benci dia tapi sekarang minta tolong dari MSazali pulak. Ok tak apalah, tolong-tolong kawan pekak yes.

Jadi siapa pemimpin MSFD dan MFD menjadi debaran hebat komuniti kita.

Wednesday, August 13, 2008

Pemimpin MSFD dan MFD baru.

Hello kawan,

Maaf kerana lama tak tulis blog ini. Sebab saya ke luar negara untuk bercuti dengan keluarga. Mana ada masa nak tulis blog sebab ambil kesempatan melawat dan melancung.

Balik ke Malaysia tanah air ku, dengar gosip dari kawan rapat bahawa 2 gergasi organisasi orang Pekak di Malaysia akan buat AGM iaitu MSFD pada bulan Ogos ini dan MFD pada bulan September ini.

Baguslah itu. Demokrasi ada dan kita ada hak mengundi. Tetapi saya tak boleh mengundi sebab saya bukan ahli MSFD atau MFD.

Harapnya semua akan OK seperti biasa. Orang Pekak akan mengundi pemimpin yang jujur dan boleh buat kerja bukannya mahu nama atau mahu keluar negara sahaja. Sekarang kerajaan Malaysia baik hati sebab selalu sokong Pekak, sukan keluar negara selalu kerajaan kasi duit beli tiket kapal terbang, baju, duit poket, duit latihan dan lain-lain lagi. Tapi sedih kalau menang pingat selalu orang Pekak tak dapat duit. MSFD lemah buat kerja sebab AJK tak buat kerja.

OK harap tahun ini akan menjadi lebih baik lagi. Cadangkan semua AJK MSFD yang lama di tukar baru. Kita perlukan pemimpin baru ok untuk bangunkan MSFD. Lim Heng Tuck juga akan bersara dan harap ada pengganti baru yang lebih baik. Juga orang normal dan pengasas dari DSE di haramkan dari membantu MSFD, cukuplah dan terima kasihlah.

Siapa pula pemimpin MFD? Sudah ada pengganti MSazali ke? Dia dah lama duduk kerusi Presiden, tak boleh sampai matilah.

Ok, sayang komuniti kita dan harap ada kemajuan selepas AGM nanti.