Sunday, September 21, 2008

Politik dan Orang Pekak.

Politik dan Orang Pekak.

Tajuk ini saya mengambil masa yang lama kerana saya cari cerita dan bincang dengan orang Pekak. Susah tetapi saya cuba juga. Saya juga ambil cerita dari Tun Dr. Mahathir blog dan juga blog lain.

Masalah no. 1 ialah masalah politik. Ramai kata Malaysia sekarang ada masalah politik. UMNO tak kuat, orang Cina dan India dah tak sokong UMNO lagi pun orang UMNO tak baik. Saya pening, saya tak tahu cerita politik sebab tak dengar gosip orang bukan Pekak. Saya tak tahu apa yang benar berlaku.

Ada orang kata UMNO jahat, Anwar Ibrahim baik. Apa sahaja saya takpeduli tapi saya tengok siapa pemimpin yang buat kerja. Pada saya ada orang UMNO yang baik saya ambil contoh ahli politik seperti Datuk Shahrizat yang baik hati sokong OKU sampai berjaya Akta OKU, dan juga Datuk Shahrir Samad yang sokong BIM sila baca Berita MyDeaf keluaran MFD dan juga MFD dapat duit RM 12.1 juta sebab BN juga tolong.

Yang lain-lain cerita politik saya tak tahu, tapi saya bangga dapat hidup baik di Malaysia walaupun sebagai orang Pekak. Di luar negara orang Pekak ditindas tahu, sekolah kena bayar, kerja susah dapat dan macam-macam berlaku. Sila ambil contoh Thailand, ramai orang Pekak mari Malaysia jual permainan di jalan waktu malam. Di Indonesia pun sama juga, ramai miskin. Di Malaysia orang Pekak boleh hidup baik, peluang kerja banyak sana-sini. Yang tak dapat kerja ialah orang Pekak malas sahaja, macam orang normal lain.

Anyway kita Pekak juga, tak dengar gosip politik, tak sakit hati jugak. Tapi kita sakit hati sebab politik guna perkataan buta dan pekak kepada DSAAB. Ahli politik maksud Pekak tu orang degil dan tak dengar nasihat tahu. Salah lah. Malu kita. Kita bukan degillah, kita tak dengar sahaja dan taktahu apa mereka cakap. Jangan kata kita degil.

MFD mesti buat sesuatu untuk educate public perkataan pekak, jika tak buat kerja akan nama baik orang pekak rosak sudah. Orang kata kita degil tak masuk nasihat. Bagaimana? MFD bangun-bangun lah, fight jaga nama baik Pekak.

OK.


Maaf lupa, kepada pembaca blog ini agama Islam, Selamat Hari Raya.

Tuesday, September 2, 2008

Jangan buat laporan palsu

Ketua Pemuda Cawangan Lengkok Golf didenda buat laporan palsu
02/09/2008 3:11pm

PUTRAJAYA 2 Sept. - Seorang Ketua Pemuda UMNO cawangan didenda maksimum RM2,000 atau penjara empat bulan setelah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kajang di sini atas tuduhan membuat laporan palsu kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengenai politik wang dalam parti.

Mohd. Rusihan Abu Yaziz @ Mohamad, 32, mengaku membuat laporan itu supaya siasatan dilakukan terhadap Ahmad Affandi Hamzah yang didakwa menyogoknya dengan wang tunai RM1,500 bagi menyokong pencalonan penama sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kelana Jaya.

Dia yang merupakan Ketua Pemuda Cawangan Lengkok Golf, Kelana Jaya didakwa membuat laporan palsu itu kepada Penguasa Kanan BPR, Saiful Ezral Arifin di antara pukul 5 petang dan 7 malam, 30 Julai lalu di Ibu Pejabat BPR di sini. - Utusan.

----------------------------

wahai semua kawan-kawan Pekak, ramai suka gosip bukan-bukan. Kalau ikut gosip buat laporan polis, tapi laporan palsu anda akan di hukum ok.

hati-hati ok.

EXCO MSFD

Tahniah EXCO MSFD tapi saya bergosip dengan kawan fasal isu baru.

Cerita Lim Anuar sebagai SUA MSFD. Mengapa? Lim Anuar telah tarik diri pegang jawatan tingi dan rendah tetapi dilantik juga sebagai SUA. Presiden suruh ke?

Masa AGM MSFD ada Md Sazali ada cadang suruh Presiden hantar surat rasmi ke Yazid dari Johor dan Firdaus dari Pahang.

Sudah kah? jika mereka menolak secara rasmi, secara otomatis bolehlah pilih sesiapa sahaja jadi SUA. Lebih baik first kepada EXCO yang dilantik 'naik pangkat' kemudian mengambil seorang lagi menganti orang yang 'naik pangkat' tersebut. Dengan cara ini akan tolakkan rasa tak puas hati kerana ada sifat rasuah dan pakatan atau kroni. Juga perlembagaan MSFD belum ubah yang Presiden boleh melantik JK nya.

Kita kenal Lim Anuarkan? dia orang Sport? macam Amir bukan orang sport dan sebab itu MSFD gagal. Risau saya.

Sekarang masalah ialah 4 ahli KLSD dalam EXCO MSFD, ianya membahayakan MSFD,
CONTOH sekiranya ada ahli persatuan gabungan cadangkan Presiden dipecat, akan dapat 4 undi dari KLSD sebab KLSD akan mengarahkan ahli nya mengundi satu suara, pengaruh KLSD juga kuat.

KLSD sedar kah? tak nak bantah 2 ahli nya masuk MSFD?

OK harap semua ok, Kamarzaman hebat boleh jaga MSFD ya.

Semoga berjaya.