Wednesday, November 5, 2008

Open House Raya dan Deepavali

Saya telah pergi ke Open House Hari Raya dan Deepavali anjuran KLSD. Hebat KLSD anjurkan Open House dengan sponsor dari JAWI dan MIC. Ramai orang kawan Pekak ke sana termasuk saya. 2,000 ramai datang di Pusat Islam, tapi panas sangat.
Open House Hari Raya saya lihat KLSD hilang nama, Presiden PESIBA duduk dengan VIP, Presiden KLSD duduk entah kemana entah? Presiden PESIBA patut ajak Presiden KLSD duduk sebelah sebab dia Pekak dan penting. Beritahulah kepada JAWI. Ingatlah beri peluang orang Pekak bukan tunjuk diri sendiri. Akan datang kalau anak Presiden PESIBA sendiri jadi Presiden KLSD, orang tak berikah hormat, apa rasa? Sekarang mesti mula berikan hormat kepada orang Pekak. Ingat ketuanan orang Pekak. Cakap mau tolong Pekak tapi tak bagi Pekak duduk di VIP. Ini tak bagus nanti orang kata tipu.
Open House Hari Raya, makan Ok, berebut sampai habis, malu orang Pekak gila makan. Pemimpin mesti didik orang Pekak sopan. Orang buta kesian tak dapat makan, nak minta tolong orang Pekak tapi mahu cakap how? JAWI salah buat kerja, mesti peka OKU.
Open House Hari Raya ada cabutan hadiah letrik peralatan. wow best.
Open House Deepavali buat dalam stadium Cheras Badminton. Best sebab ada ac sejuk tapi tari-tari banyak dalam acara. Orang Pekak tak tumpu. Ramai datang 800 mungkin, Cina ramai, Melayu ramai, Hindu sikit... tak sokong KLSD ke? Makan juga bagus tapi ramai gila makan juga. Berebut tak ada displin. Malu orang Pekak. Tapi mungkin hujan dan sejuk ac buat kita lapar juga. Ok.
Tahniah KLSD, itu tunjukkan ramai sokong KLSD tapi mana orang besar MFD? Tuan Presiden MFD tak datang dua-dua program ada apa sebab?

Tuesday, November 4, 2008

Amir Vs Sazali

Saya telah baca blog tulisan Amir dan Sazali fasal Lim Heng Tuck mantan Presiden MSFD. Sazali laporkan punca kejatuhan Lim Heng Tuck dan Amir membela punca kejatuhan. Tulisan Amir berkata Pong Chang Khim menafikan menjadi punca kejatuhan Lim Heng Tuck tetapi tulisan Amir kata juga Pong Chang Khim mengaku letak jawatan Bendahari MSFD dan buat undi tak percaya kepada Lim Heng Tuck sebab mahu ubah MSFD.
Pendapatan saya, kalau Pong Chang Khim tak keluar MSFD dan tak buat undi tak percaya, Lim Heng Tuck tak akan jatuh. Pemimpin Pekak mesti berfikir positif, bersama-samalah cari jalan keluar selesaikan masalah antara orang Pekak.