Wednesday, November 5, 2008

Open House Raya dan Deepavali

Saya telah pergi ke Open House Hari Raya dan Deepavali anjuran KLSD. Hebat KLSD anjurkan Open House dengan sponsor dari JAWI dan MIC. Ramai orang kawan Pekak ke sana termasuk saya. 2,000 ramai datang di Pusat Islam, tapi panas sangat.
Open House Hari Raya saya lihat KLSD hilang nama, Presiden PESIBA duduk dengan VIP, Presiden KLSD duduk entah kemana entah? Presiden PESIBA patut ajak Presiden KLSD duduk sebelah sebab dia Pekak dan penting. Beritahulah kepada JAWI. Ingatlah beri peluang orang Pekak bukan tunjuk diri sendiri. Akan datang kalau anak Presiden PESIBA sendiri jadi Presiden KLSD, orang tak berikah hormat, apa rasa? Sekarang mesti mula berikan hormat kepada orang Pekak. Ingat ketuanan orang Pekak. Cakap mau tolong Pekak tapi tak bagi Pekak duduk di VIP. Ini tak bagus nanti orang kata tipu.
Open House Hari Raya, makan Ok, berebut sampai habis, malu orang Pekak gila makan. Pemimpin mesti didik orang Pekak sopan. Orang buta kesian tak dapat makan, nak minta tolong orang Pekak tapi mahu cakap how? JAWI salah buat kerja, mesti peka OKU.
Open House Hari Raya ada cabutan hadiah letrik peralatan. wow best.
Open House Deepavali buat dalam stadium Cheras Badminton. Best sebab ada ac sejuk tapi tari-tari banyak dalam acara. Orang Pekak tak tumpu. Ramai datang 800 mungkin, Cina ramai, Melayu ramai, Hindu sikit... tak sokong KLSD ke? Makan juga bagus tapi ramai gila makan juga. Berebut tak ada displin. Malu orang Pekak. Tapi mungkin hujan dan sejuk ac buat kita lapar juga. Ok.
Tahniah KLSD, itu tunjukkan ramai sokong KLSD tapi mana orang besar MFD? Tuan Presiden MFD tak datang dua-dua program ada apa sebab?

2 comments:

Anonymous said...

Asw Penulis mydeafblog,
Terima kasih kerana menegur saya dalam laman blog anda tentang majlis sambutan Hari Raya bertempat di perkarangan Pusat Islam Kuala Lumpur.

Untuk pengetahuan saudara, Majlis Sambutan Hari Raya yang di adakan pada tarikh tersebut, sebenarnya adalah atas kerjasama JAWI, KLSD , Pesiba dan Persatuan Orang Buta Malaysia.

Mengikut Program ,Pada hari tersebut saya selaku presiden pesiba telah diberi peluang untuk memberi ucapan kata-kata aluan dan diberi tugas menyambut kedatangan Yang Berbahagia Dato Ketua Pengarah.

Mengikut jadual, Ketua Pengarah akan hadir pada pukul sepuluh pagi dan semua Pengerusi dan Presiden hendaklah hadir pada pukul 9.30 pagi. Tapi malangnya, pada pukul sepuluh pagi saya dan timbalan saya sahaja yang menyambut kehadiran Dato' Ketua Pengarah dan saya tidak nampak langsung muka Presiden KLSD dan Pengerusi MAB.

Untuk pengetahuan saudara, Encik Aqlam dan Pengerusi MAB hadir pada pukul 11.00 pagi dan majlis telahpun berjalan. Saya juga bertanya- tanya dan amat kesal sekali kerana Presiden KLSD dan Pengerusi MAB tidak hadir tepat pada waktunya dan tidak mengikut protokol.Ini adalah masalah disiplin diri sendiri dan saya amat tidak bersetuju sekiranya saudara mengatkan saya bermegah-megah duduk di atas kerusi sofa yang empuk dengan tidak menghiraukan Presiden KLSD.

Semuga penjelasan ini akan memberikan satu situasi yang sebenarnya kepada pembaca-pembaca blog anda berhubung dengan nama baik pesiba.

Anonymous said...

Presiden KLSD harus belajar dari situasi ini. Jawatan presiden yang disandang bukan digunakan untuk anda menjadi engkuh.
Bagi kita jawatan itu adalah satu amanah.