Monday, February 9, 2009

Macam-macam Cerita Lagi

1. Ahad saya dan kawan pi Thaipusam Batu Caves. Ramai orang sana, jem teruk. Saya nampak gerai Persatuan Untuk Orang Pekak Selangor dan WP kutip derma. Orang normal masih buat persatuan cakap mau tolong orang Pekak, mereka tak yakin kita orang Pekak boleh jaga hal diri sendiri.

2. Lepas itu saya yang lapar dan dahaga saya ke KLSD. Ramai orang Pekak sana 300 orang. Tahniah KLSD. Deaf nama CN jadi pengerusi Majlis, bagus kerana buat, tapi mana Lim Anuar dan Puang Li Sing yang jadi Timbalan Presiden KLSD dan Bendahari? Dia tak sokong dan buat kerja untuk KLSD? Buang masa sahaja lah, kalau tak mahu tolong KLSD dan pikul tanggungjawab bolehlah letak jawatan dan beri kepada orang lain. OK. CN itu orang bukan EXCO KLSD mana boleh EXCO KLSD contoh Lim Anuar dan Puang Li Sing tak sokong?

3. Majlis Tahun Baru Cina di KLSD ada Lucy Lim datang, Koon Wei datang juga Anthony Chong datang kerana datang sokong KLSD, tak sokong YMCA Deaf Club ke lagi? Saya beratur lama nak dapat makan dan minum. Lapar dan dahaga. Tapi jumpa kawan best.

4. Tarian singa orang Pekak pun ada, main drum pun orang Pekak Islam pakai tudung. Best dan tahniah. Orang Melayu Pekak sudah open mind, harap orang pekak Cina juga open mind jangan closed mind.

5. Lepas itu KLSD kata ada Hari Keluarga 22/Februari/2009, di Taman Tasik Perdana jam 8 pagi ok. I akan bawa kekasih pergi masuk main sama-sama Hari Keluarga ok.



Ok saya tunggu jamuan lain2 ok.

2 comments:

mydeafblog said...

mydeaf blogger terima emel dari Lim Anuar Timbalan Presiden KLSD, dia tulis untuk Sazali tapi tak di masukkan dalam comment mydeaf ini. Jadi saya masuk comment untuk jawapan Sazali dan bacaan blogger.

Sazali,

Mengapa kamu selalu mempermainkan Pekak lawan Pekak? Adakah kamu rasa cemburu dengan Lim Anuar supaya cuba menjatuhkan maruah nama Lim Anuar yang telah memberi kebanyakan sumbangan kepada komuniti Pekak?

Sebagai pemimpin yang matang, sila periksa dengan pentadbiran KLSD atau Lim Anuar dulu sebelum mengeluarkan kenyatan atau berhasrat menghasut Lim Anuar. Sila tunjukkan sikap kamu secara professional sebagai penasihat KLSD.

Lim Anuar telah menganjurkan jamuan TBC KLSD secara tahunan sebagai Pengerusi. Untuk tahun ini, saya ingin memberi peluang kepada ahli-ahli KLSD yang berbangsa Cina yang ingin menimba pengalaman baru untuk menjadi pengerusi yang
telah dipersetujui dalam mesyuarat EXCO KLSD termasuk kamu sendiri.

Saya terpaksa tak dapat hadir ke jamuan TBC KLSD pada hari Ahad yang lepas sebab saya ada kommitment lain untuk
menghadiri majlis perkahwinan kawan saya pada tengahari makan.

Sazali diminta meletakkan jawatan sebagai Presiden MFD demi kebaikan komuniti Pekak. Kalau tak, orang pekak akan
berkumpul menentang Isu Sazali di hadapan MFD sebab kamu telah berbohong and mengkhianat kepimpinan Pekak dan kerajaan demi kepentingan peribadi kamu.

Kalau kamu menafikan dakwaan saya, sila menghargai and memberi pujian kepada Lim Anuar and Puang Li Sing diatas
peranan mereka adalah amat penting untuk menyumbang kepimpinan kepada persatuan orang Pekak yang perlu
diterima oleh masyarakat

Anonymous said...

anda tinggal di mana ?