Saturday, June 14, 2008

Berita sedih

1. Saya terima sms daripada kawan Pekak fasal keputusan perlawanan bolasepak Pekak di Bangkok. Perlawanan itu ganti Sukan Asia Pasifik di Kuwait yang batal.

2. Pasukan Malaysia pergi naik keretapi dari Butterworth ke Bangkok, jauh, 1. 1/2 hari lama dan letih untuk pemain kita. Mengapa tak naik AirAsia, murah juga dan selamat dan cepat. Saya juga orang Pekak beritahu Presiden Lim Heng Tuck dan MK, Pengurus Malaysia naik kapalterbang, tak bersama-sama pemain. Ini tak adil. Mereka mesti sama-sama pergi naik keretapi. Mana boleh boss naik kepalterbang, pemain naik keretapi.

3. Keputusan perlawanan, Kazakatan 3 - Malaysia 0, Malaysia 2 - Iraq 2, Thailand 9 - Malaysia 0. Malaysia kalah besar lawan Thailand, malu besarlah. Saya pun sangat malu, bolasepak Malaysia Pekak lama dari Thailand, mereka baru. Dulu kita menang besar lawan Singapore dan Indonesia dan Taiwan dan lain-lain negara. Tapi sekarang kita kalah. Salah siapa? Malaysia tak dapat pergi ke Deaflympik. Kalah.

4. Kalau bolasepak normal luar negara, negara kalah, pengurus kena pecat, buang kerja. Sekarang saya tak tahulah orang Pekak pemimpin mahu buat apa? Mahu Pecat Lim dan Pengurus MK? Mereka bertanggungjawab. Semua EXCO MSFD juga mesti bertanggungjawab. Mesti AGM segera dan tukar pemimpin baru.

17 comments:

deafdotcom said...

kawan i ada beritahu, pasukan bolasepak ada buat latihan pusat dah lama.....tetapi kenapa masih tak mampu nak meningkat, macam pasukan bolasepak normal 'jaguh kampung'

sepatutnya perlu diadakan kerap kejohanan bolasepak diantara orang Pekak untuk mencari bakat baru.....kalau kita menonjol, rasanya boleh kita berlawan dengan normal.....setiap negeri ada liga bolasepak, kenapa tak masuk, cari lah sponsor

kenapa lim dan mk berat sebelah naik kapalterbang, apakah naik keretapi akan jatuhkan maruah mereka.....minta penjelasan, kalau ada alasan kukuh kami akan terima

deafdogcom said...

bubar saje msfd ni...

Anonymous said...

Presiden MSFD Lim Heng Tuck dan Timbalan Presiden MSFD merangkap Pengurus Pasukan Malaysia MK mesti meletak jawatan MSFD sekarang atas Malaysia mengalami kekalahan teruk kerana mereka telah menyakitkan hati masyarakat Pekak Malaysia.

Better Malaysia tidak patut pergi ke Kejohanan Bolasepak Pekak Sedunia Greece di http://www.wdfc2008.gr/participate_en.html

Mengapa Lim Heng Tuck dan MK kunjung Greece?

Better MSFD hantar pasukan pelatih bolasepak malaysia 2011 (pelajar terbaik Sekolah Pendidikan Khas) ke Kejohanan Ujian Pra-Deaflympic Taipei di http://www.2009deaflympics.org/igdt2008/01_en/01/participation.htm

Tahukah Penganjur Kejohanan tersebut menyediakan Penerbangan dan Penginapan Percuma kepada setiap negara jemputan sahaja.

Anonymous said...

Latihan patut dibuat bukan hanya bila dekat-dekat nak bertanding.Kita tahu latihan memerlukan perbelanjaan tapi jika dibuat dengan cara betul akan membuahkan hasil.

Biarlah pemain-pemain yang akan mewakili negara dikumpulkan dan membuat latihan bersama selama 6 bulan sebelum satu-satu kejohanan.Mungkin pemain kita akan serasi dengan rakan sepasukan.

Bakal individu memang penting tapi semangat dan kerjasama pasukan yang baik itu lebih penting.Tanpa kerjasama dan keserasian antara rakan sepasukan tidak akan berjaya walau secara individu mereka mempunyai bakat yang tinggi.

Mengharapkan keajaiban bila latihan hanya sebulan dua sebelum pertandingan memang agak mustahil.

Dan membiarkan pemainpemain pasukan menaiki keretapi selama sehari setengah untuk sampai ke destinasi adalah perkara bodoh seorang jurulatih dan pengurus boleh buat.

Anonymous said...

Salam semua,

Sedih berita kekalahan pasukan bolasepak kita dan pengangkutan. Hairan pasukan bolasepak naiki keretapi/bas. Tak faham pemimpin berdua sendiri naik kapalterbang. Nampaknya tak mengadili. Pada pandapat saya. tak menyetujui keutamaan pasukan bolsepak letih boleh menjejaskan tenaga sekiranya naiki keretapi/bas. Kenapa murah AirAsia?
Jika saya jadi pemimpin, saya mesti bersama keretapi lah. Sila penjelasan.

Saya menyokong penuh projek pasukan pelatih bolasepak Malaysia 2011.

Marilah bersama pejuang sukan untuk memajukan bolasepak kita.

BasH said...

salam kenal ya...
saja singgah lalu sini...membaca menambahkan info..

Muhammad Azli Shukri said...

bubarkan sahaja..

Tak Mahu Angkat Kaki said...

Better MSFD hantar pasukan pelatih bolasepak malaysia 2011 (pelajar terbaik Sekolah Pendidikan Khas) ke Kejohanan Ujian Pra-Deaflympic Taipei

Saya menyokong penuh projek pasukan pelatih bolasepak Malaysia 2011.

apapun projek sukan yang baik, idea baik, idea bernas...tapi kalau tak diurus dengan betul, sia-sia juga sbb pemimpin-pemimpin msfd semua dah lama duduk kerusi msfd. otak sudah usang mcm mana mahu maju?

bagus tukar dulu pemimpin-pemimpin lama ini dengan orang yg betul-betul hendak berkhidmat dengan orang pekak dan tiada udang sebalik batu mcm mahu ambil kesempatan buat bisnis dgn msfd tanpa pengetahuan.

deafdotcom said...

ada pemain bolasepak ni tak semestinya dari sekolah pendidikan khas, ada diantara mereka dari sekolah intergrasi......apapun mereka yang terlibat dalam pemilihan mestilah terdiri daripada bekas pemain dan yang arif dalam bolasepak

kita seharusnya mencontohi pasukan nasional (walaupun jaguh kampung) iaitu mempunyai kumpulan pemain mengikut peringkat umur.....tidaklah kita ketandusan pemain yang berkaliber

ia tidak hanya kepada pasukan bolasepak, malah bagi semua jenis sukan.......

Anonymous said...

Undilah Sazali jadi Presiden MSFD ganti Lim Heng Tuck

Anonymous said...

Sazali sudi letak jawatan Presiden MFD jika Sazali hendak tanding calon Presiden MSFD?

Anonymous said...

suka cari jenis makanan......

Anonymous said...

suka cari jenis makanan......

Anonymous said...

Sazali tak payah letak jawatan MFD. Bubarkan saja MSFD. Serapkan semua tugas/fungsi MSFD ke dalam MFD. Orang pekak memerlukan satu persatuan saja. Bilangan orang pekak tak banyak. Biar kita bersatu.

Anonymous said...

salam semua...

pertama sekali, nasihat saya, jangan suka dengar khabar angin saje. Sebab orang cakap, indah khabar dari rupa... boleh saudara buktikan MK pergi ke Thailand menaiki KapalTerbang ke? Pergi la berjumpa dengan MK, biar dia tunjuk gambar beliau menaiki keretapi untuk ke Thailand. Bagi Lim Heng Tuck pula, beliaukan salah seorang APDSC Commitee.. Segala perbelanjaan beliau ditanggung oleh APDSC.

Bagi latihan bola sepak pula, untuk makluman tuan2, MSFD telahpun menjalankan latihan di Jabatan Belia Dan Sukan Kampung Pandan, KL bermula dari bulan Mac atau April tak silap saya. Mereka sudah berusaha bersungguh2. Jangan mudah patahkan semangat orang kawan-kawan. Cuma, MSFD kekurang peruntukan untuk menanggung kos latihan kerana EXCO MSFD tak buat keje.

Nasihat saya, jangan suka dengar khabar angin dari mulut busuk yang tak bertanggungjawab, selidik, amati, dengar dari mulut orang yang berkenaan sendiri. Ini akan mengakibatkan pecah belah dalam komuniti pekak di Malaysia.

Sekian, Majulah Orang Pekak Untuk Malaysia!!

Bkn Angkat Kaki said...

Itu lah masalah sebenar MSFD! Khabar angin ke bukan khabar angin. MSFD tak pandai sebar news about MSFD.

Laman MSFD ada tapi isi kosong atau lapuk aje! Knapa tak guna laman ini untuk update siar berita about deaf sukan?

Jd jangan mudah kutuk deaf klu mereka terima khabar angin kerana deaf sangat ketagih sukan deaf sports tapi tiada update

Anonymous said...

Lim dan MK gagal MAJU Sukan Orang Pekak Malaysia 2005-2008..

Lim dan MK gagal MAJU SKOP Terengganu 2008..

Lim dan MK cepat KAYA mencuri wang MSFD 2005-2008..