Saturday, April 26, 2008

Krisis MSFD

Ada cerita baru dari MSFD pembangunan sukan orang Pekak Malaysia.
Boss DSE Marzuki dipukul oleh pekerjanya, Marzuki buat laporan polis sudah.
Marzuki boss DSE pecat semua pekerjanya. Presiden MSFD keluar surat beritahu semua orang, pekerja normal dari DSE bukan lagi wakil MSFD dan tak boleh cakap atau cari derma untuk MSFD.
Marzuki dan Lim sekarang tak ada dalam negara sebab pergi Kuwait dan tak boleh dapatkan keterangan.
Ramai orang sokong adakan AGM MSFD segera untuk selesaikan masalah MSFD. EXCO MSFD tak tahu apa nak buat?
Semoga komuniti kita selamat.

Sunday, April 20, 2008

Presiden KLSD 2008 - HOT!!!!!

Hello, terima kasih kerana membaca dan memberi komen kepada blog ini.
Hari ini ada citer baru pasal Presiden KLSD 2008 yang hot. 2008 ini KLSD akan ada AGM pada tarikh dalam bulan Mei 2008 ini.
Ada ramai orang Pekak berminat jadi pemimpin. Tahniah Md. Sazali kerana tanam benih pemimpin kepada orang Pekak. Dulu orang Pekak tak nak jadi pemimpin sebab tak tahu pimpin dan tak minat dan takut kena hentam dan gosip liar.
Sekarang kita lihat ada pemimpin yang baik masa depan cerah seperti Yazid, Sariah, Razani sebab mereka ada pendirian kuat dan tetap.
Orang Pekak yang nak jadi Presiden KLSD sekarang ialah :
1. Marzuki Ong, Deaf Chinese Islam, ada SPM - dia ex KLSD dulu dan lompat ke Penang dan suka lompat-lompat. How kita dapat ceriter dari SMS minta sokongan dari orang Pekak untuk undilah Marzuki jadi Presiden KLSD. Wow hebat sekarang ya guna sms.
Orang Pekak ada yang kenal Marzuki dan tak sokong dia sebab dia boss DSE bisnis tolong MSFD. Dalam DSE ada ramai orang normal dan sekarang kontrol MSFD. Orang Pekak itu cakap tak mahu sokong Marzuki sebab takut Marzuki bawa orang normal masuk KLSD dan lepas itu kontrol KLSD. Ok orang Pekak sudah boleh fikir baik dan buruk.
2. Lim Anuar, Deaf Chinese non Islam, Tingkatan 5 - nama Melayu Anuar tapi bukan Melayu lah. Kawan Deaf Chinese nama S kata dia nak jadi Presiden MSFD dan masuk www Amir Hamidi, sila baca ya. kalau nak masuk MSFD mesti ada jawatan KLSD dalam. Lim Anuar nak jadi Presiden KLSD dan masuk MSFD lah.
Orang Pekak ada kenal Lim Anuar dan tak suka dia. Dia suka cakap besar sahaja tapi tak boleh buat kerja NGO. Dulu jadi ex Presiden Selangor Deaf, tapi tak maju lah. Dia pandai mahir dalam art sahaja, dan minat keluar negara sahaja. Lim Anuar ada kes buruk dengan perempuan sebab itu bujang tua.
Bahasa Isyarat Lim Anuar tak pandai, Marzuki lebih pandai. Dua ini Pekak pandai kutuk orang Pekak belakang-belakang.
Kalau nak jadi Pemimpin KLSD mesti jujur dan hati suci ok. Harap jangan kutuk belakang-belakang ok.
3. Aqlam Jafri - Deaf Melayu Islam, lulus USA Gallaudet University. Dia pemimpin baik tapi lemah. Dia pandai bahasa isyarat tapi suka sangat dengan IT sahaja.
Ok kawan, siapa presiden KLSD 2008?
Selamat AGM KLSD.

Monday, April 14, 2008

Orang Pekak Boleh!

Rakyat Pekak Malaysia amat berbangga dengan MFD sebab memperjuangkan keperluan rakyat Pekak Malaysia. MFD telah rekodkan sejarah kepada kita kerana dapat 11.2 juta dari kerajaan Malaysia untuk projek latihan jurubahasa isyarat. Md Sazali ialah ketua yang hebat kerana berjaya menaikkan program tersebut.
Orang Pekak bangga sebab boleh buka pusat latihan ambil orang normal belajar, kita tanggung makan dan minum dan tempat tidor mereka. Orang Pekak boleh!
Orang Pekak bangga kerana ambil profesional bukan pekak bekerja bawah orang Pekak, Mejar Sazali, pekerja normal tingkat 4 di Menara KLH semua dibawah arahan pemimpin kita Md Sazali. Orang Pekak boleh!
Hebat kan? Dulu kita orang pekak bawah orang normal sekarang terbalik dan orang normal kerja bawah orang Pekak dan mesti ikut arahan orang Pekak.
Jangan lupa wahai orang normal untuk terima kasih dan beri penghormatan kepada orang Pekak melalui bakti perkhidmatan jurubahasa isyarat akan datang.
Harap semua staf normal, mesti tahu BIM untuk komunikasi orang Pekak.

Friday, April 11, 2008

Sukan Pekak Asia Pasifik di Kuwait 2008 Batal.

Saya terima cerita dari pemain bolasepak Pekak Malaysia bahawa Sukan Pekak Asia Pasifik di Kuwait di batal dan tarikh baru bulan Jun 2008. Masalah sebab kerajaan Kuwait ada masalah.
Pemain sedih sebab batal telah rugikan masa mereka, minta cuti kerja dan potong gaji. Itulah nasib orang Pekak mahu masuk sukan dan wakil negara.
Tetapi saya juga dapat cerita dari utara, mereka akan suruh Presiden Lim keluar dan letak jawatan Presiden MSFD sebab tak adil pilih pemain, ada pemain Sabah yang tak layak masuk main juga. Presiden Lim juga tak pandai jaga MSFD dan gagal bangunkan MSFD. Hanya mahu pergi luarnegara sahaja. Pertama kali cerita fasal orang Pekak buat macam itu. Orang Pekak dah berani macam masalah pemimpin UMNO.
Cerita ini kita tunggu sahkan, mungkin ada tsunami MSFD. Juga ada kumpulan EXCO MSFD cerita tak sukakan DSE bossnya Marzuki yang kawal penuh MSFD. Presiden Lim juga lemah dan tunduk kepada Marzuki.
Awas Marzuki dan Presiden Lim, jaga-jaga ya, tsunami MSFD akan berlaku. Kalau anda kalah baru, DSE akan kena tukar buang dari MSFD. Cadang Presiden Lim dan Marzuki jangan buat macam-macam yang akan buat EXCO MSFD lain sakit hati dan benci anda ok. Keputusan MSFD EXCO tolong ikut sahaja dan jangan nak tunjuk kuasa ok... ramai orang tak suka anda sekarang. Hati-hati ya... tapi orang Pekak boleh berubah sokong anda kalau anda baik kepada orang Pekak.
OK. Semoga MSFD jadi baik.

Sunday, April 6, 2008

Futsal Belia Pekak Malaysia 2008

Semalam saya pergi Segambut dekat Nissan tempat orang Pekak kerja kilang, ada kejohanan Futsal. Kejohanan di ketuai oleh Yazid dari Johor, dia ketua UPBM (Belia Pekak Malaysia).
Terkejut ramai datang, peserta dari seluruh Malaysia, 380 orang lelaki ada dan perempuan ada. Tempat lawan itu kecil dan gelap dan bau ketiak pemain busuk tetapi orang Pekak tak marah atau komplain. Semua datang seronok main futsal.
Saya lihat pemain bersemangat, tetapi saya ada saksi perlawanan antara Selangor dan FSD. Hot. Pemain Selangor main kasar sepak kaki budak sekolah kuat2, pemain Selangor itu tak ada otak. Pekak sama Pekak, tak kesian ke. Pemain Selangor dapat kad merah. Selangor bukan ahli MFD tapi dapat main juga, why? Presiden Selangor Z kuat anti MFD tapi ahli masuk juga. Tapi FSD menang 3-0.
Kedah menang lawan FSD di akhir. 1-0. Tahniah. Eh Kedah bukan ahli MFD, mana boleh. Tapi kawan saya cerita team Kedah minta Lim Presiden tolong, tapi Lim tak mau. Mereka sendiri cari sponsor dan dapat. Mereka pergi ke KL dan menang sebab semangat kuat. Sekarang orang Pekak tak perlu minta Lim tolong sebab sendiri boleh tolong sendiri. Ini satu ajaran yang baik untuk semua.
Saya tengok Yazid terbaik anjurkan program tersebut, dia sesuai pemimpin MSFD akan datang. Masa penutupan ahli MSFD datang iaitu Amir, Kamar, MCK, Pong dan lain-lain. Presiden Lim dan MOCAD tak hadir.
Itu budak India tinggi gemok jadi MC sangat lucu dan gembira, Yazid pandai ucap dan semua setujun sambung Futsal ke 2 tahun depan, Host siapa?
Sazali ada ucap dan beri hadiah... wow, RM 1,000 pemenang Kedah, RM 700 kedua FSD. Semua dapat sijil, makan tidur free. Kalah SKOP. Futsal tutup dengan selamat. Semua orang Pekak balik puashati. Tahniah Yazid. Gua caya sama lu...

Friday, April 4, 2008

Komuniti Pekak yang rosak.

Tahun 2008, undi Pilihanraya Umum ke 12 menyaksikan kerajaan BN menang sikit. Saya soalselidik orang Pekak mereka undi apa, majoriti cakap undi pembangkang sebab family suruh dan kawan pengaruh. Orang Pekak mudah ikut cakap dan tidak menilaikan baik buruk.
Perkara serupa dengan politik komuniti orang Pekak kita. Orang Pekak selalu suka ikut cakap kawan-kawan tanpa fikir, suka burukkan orang dan gossipkan orang.
Kita lihat MFD pimpinan Md. Sazali berjaya menaikkan nama baik orang Pekak, tetapi ada yang jealous dengan dia dan marah tanpa sebab dengan dia. Mengapa? Sebab utama ialah cara pemikiran orang Pekak yang mudah dipengaruhi.
Kita dengar cerita MSFD salah satu persatuan sukan orang Pekak yang di pimpinan oleh Lim Heng Tuck. Lim adalah anak didikan Sazali dulu-dulu lagi. Mereka sahabat baik. Tetapi mereka jadi musuh. Why? Lim terpengaruh hasutan dan fitnah orang lain. Akibatnya Lim juga buang Sazali dari MSFD penasihat. Orang Pekak mudah lupa, sama Melayu mudah lupa.
Tetapi Sazali tak susah, terus bangunkan MFD sampai dapat duit kerajaan 11.2 juta... banyak tau. Persatuan NGO Pekak pertama dapat duit, pecah rekod Malaysia. Hebat dan tahniah Sazali. Rugi MSFD tak guna khidmat Sazali.
Lim dan kuncu-kuncunya tak sehaluan, kemudian Pong penasihat Lim gaduh dan Pong keluar. MSFD rosak. Marzuki dengan idea gila-gilanya masuk MSFD dan bawa orang normal kontrol MSFD. AJK MSFD tak gembira dan benci, macam orang UMNO benci Khairy Jamaludin, you tahu tak?
Marzuki control Lim dan MCK, Marzuki menggunakan mereka sebab Lim Presiden dan MCK Timbalan sebab Amir, Kamarzaman, Ong Ruen dah keluar kumpulan Lim. Hairan sebab dulu mereka kumpulan baik dan mahu jatuhkan Sazali tapi sekarang gaduh sama sendiri. Oh selamat Sazali.
Ok, mengapa berlaku? Siapa ada cerita baru?

Wednesday, April 2, 2008

What happen to www.epekak.net.my?

epekak sangat famous dikalangan komuniti orang Pekak. epekak berjayakan lahir ICT genius macam Amir Hamidi, Pong Khim Chan, Annie Laura, MOCAD dan lain-lain.



what happen now? no more berita komuniti kita dalam web.



Dulu syok kita baca epekak, ada forum bincang-bincang kutuk-kutuk puji-puji tapi sekarang takde dan tak syok.



Mana pi kepten diam yang selalu lawan saya....



Sekarang syok guna camfrog dan adakala masuk laman hmmmm... rahsia....



Sekarang ramai orang Pekak celik IT dari program epekak.... so jangan tidurkan kita semula...Sazali tuan punya epekak apa buat? Sedang lena tidur ke? sebab banyak duit.



epekak tak bayar yuran hosting? Tak releven sebab ada duit 12.1 juta kan.epekak tak ada staf? Tak releven sebab ada duit 12.1 juta... boleh buat apa sahaja.



hidupkan epekak....

Selamat Datang - Welcome

Selamat datang atau welcome to mydeafblog.



Blog ini dibangunkan untuk menyampaikan informasi terkini mengenai hal ehwal orang Pekak dalam dan luar negara.



Isu politik orang Pekak, pendidikan, kepimpinan dan sebagainya akan dibincangkan di blog ini dan menjemput komuniti orang Pekak Malaysia atau luar negara membincangkan isu tersebut.



Tulisan ini diharap akan menjadi rujukan kepada pihak berkaitan seperti MFD, JPK, JKM, Persatuan Orang Pekak dan semua orang supaya lebih peka dan memahami akan keperluan orang Pekak di Malaysia.



Jom blog.



Sekian.