Sunday, April 6, 2008

Futsal Belia Pekak Malaysia 2008

Semalam saya pergi Segambut dekat Nissan tempat orang Pekak kerja kilang, ada kejohanan Futsal. Kejohanan di ketuai oleh Yazid dari Johor, dia ketua UPBM (Belia Pekak Malaysia).
Terkejut ramai datang, peserta dari seluruh Malaysia, 380 orang lelaki ada dan perempuan ada. Tempat lawan itu kecil dan gelap dan bau ketiak pemain busuk tetapi orang Pekak tak marah atau komplain. Semua datang seronok main futsal.
Saya lihat pemain bersemangat, tetapi saya ada saksi perlawanan antara Selangor dan FSD. Hot. Pemain Selangor main kasar sepak kaki budak sekolah kuat2, pemain Selangor itu tak ada otak. Pekak sama Pekak, tak kesian ke. Pemain Selangor dapat kad merah. Selangor bukan ahli MFD tapi dapat main juga, why? Presiden Selangor Z kuat anti MFD tapi ahli masuk juga. Tapi FSD menang 3-0.
Kedah menang lawan FSD di akhir. 1-0. Tahniah. Eh Kedah bukan ahli MFD, mana boleh. Tapi kawan saya cerita team Kedah minta Lim Presiden tolong, tapi Lim tak mau. Mereka sendiri cari sponsor dan dapat. Mereka pergi ke KL dan menang sebab semangat kuat. Sekarang orang Pekak tak perlu minta Lim tolong sebab sendiri boleh tolong sendiri. Ini satu ajaran yang baik untuk semua.
Saya tengok Yazid terbaik anjurkan program tersebut, dia sesuai pemimpin MSFD akan datang. Masa penutupan ahli MSFD datang iaitu Amir, Kamar, MCK, Pong dan lain-lain. Presiden Lim dan MOCAD tak hadir.
Itu budak India tinggi gemok jadi MC sangat lucu dan gembira, Yazid pandai ucap dan semua setujun sambung Futsal ke 2 tahun depan, Host siapa?
Sazali ada ucap dan beri hadiah... wow, RM 1,000 pemenang Kedah, RM 700 kedua FSD. Semua dapat sijil, makan tidur free. Kalah SKOP. Futsal tutup dengan selamat. Semua orang Pekak balik puashati. Tahniah Yazid. Gua caya sama lu...

2 comments:

Anonymous said...

tahniah Yazid dan MFD atas anjuran Futsal, satu pertandingan walaupun pertama kali tapi mendapat sambutan orang Pekak....kita lihat wakil MSFD pun hadir, ia menunjukkan satu perkara yang positif

Futsal yang pertama bagi orang Pekak walaupun ada kekurangan tapi keseluruhan ia adalah berjaya...kenapa MSFD tidak dapat melaksanakan program sedimikian rupa, jgn jadikan permusuhan dalam itu penghalang kepada pembangunan sukan

Kehadiran Kedah dan Selangor menunjukkan sikap terbuka MFD...ia penting, dan saya dengar baru2 ini dari ahli Kedah bahawa KDA akan bergabung dengan MFD lagi...tahniah KDA

POCPS bila lg, jgn angkuh dan jadikan ahli anda mangsa...saya ada dengar komen yg ahli POCPS tdk dpt masuk byk program MFD kerana tdk bergabung

keseluruhan, saya ucap tahniah dan harap MFD banyakkn lg program orang Pekak tdk kira program pembangunan, sukan atau rekreasi

Anonymous said...

Salam Sajehtera,

Terlebih dahulu saya perlu ucapkan tahniah kepada mydeafblog atas pelancaran blog u sendiri. Blog u kelihatan bernas tetapi ia membuatkan orang pekak mudah faham.

Saya memang sangat terkagum dengan penganjuran Fustal Belia UBP telah dijalankan dengan licin dan ia sangat menarik iaitu fustal wanita pekak itu buat pertama kali dalam sejarah sukan. Saya seronok menonton sebab semua fustal wanita sangat melucukan tapi semua ada semangat . Saya pernah menonton wanita normal bermain sebelum itu... nanti saya cadangkan SKOP perlu tambahkan sukan fustal wanita di Kuala Terengganu tak lama lagi... Perlu banyak latih dan maju diri utk mengambil bahagian di sana!!!

Semasa majlis penutupan diadakan, saya BUKAN AHLI MSFD tetapi saya sebagai Timbalan Presiden PDA 1 dan penonton datang memberi sokongan kepada pasukan utara iaitu PDA A, PDA B dan FSD juga bangku sekolah saya... juga Kedah tempat kelahiran saya. Memangnya saya tak pernah dijemput masuk ke gelenggang untuk majlis penutupan tsb... Itu fakta yang saya membetulkan saja.

Saya sbg orang pekak biasa datang bergaul dan seronok berlepak dgn kawan2 lama di luar gelanggang serta memberi sokongan & semangat kepada pasukan dari utara saja. Saya sangat bangga dengan 4 pasukan teratas – Kedah dapat Juara, FSD Naib Juara, PDA A Tempat ke-3 & PDA B Tempat ke-4... semua pasukan dari utara telah menunjukkan kehebatan.

Sekian. Terima kasih.