Wednesday, May 7, 2008

OKU berpeluang lanjut pelajaran ke OUM

Kita baca suratkhabar semalam berkata 10k jawatan kosong untuk OKU di jabatan kerajaan. Ramai orang Pekak tak ada kelulusan baik? Ok ada peluang baru, kita pergi belajar di OUM ambil sijil tinggi, diploma, ijizah di OUM.

Berita Utusan Malaysia today.

OKU berpeluang lanjut pelajaran ke OUM

KUALA LUMPUR 7 Mei - Orang kurang upaya (OKU), warga emas dan golongan yang tidak mempunyai kelayakan akademik minimum tetapi berpengalaman kini berpeluang belajar di Universiti Terbuka Malaysia (OUM).
Canselor OUM, Datin Seri Jeanne Abdullah berkata, kaedah pembelajaran yang fleksibel dan terbuka yang dilaksanakan oleh universiti itu membolehkan golongan tersebut meneruskan cita-cita melanjutkan pelajaran.
Jeanne yang juga isteri Perdana Menteri berkata, dasar yang dilaksanakan OUM ini bersesuaian dengan aspirasi kerajaan yang menekankan kepada pembelajaran sepanjang hayat.
"Usaha yang dibuat oleh OUM memberi peluang kepada lebih ramai ahli masyarakat menimba pendidikan harus dicontohi oleh semua pihak,'' kata Jeanne ketika berucap di majlis pelancaran e-kandungan dan portal alumni OUM di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron dan Presiden/Naib Canselor OUM, Prof. Tan Sri Anuwar Ali.
Menurut Jeanne, pelancaran e-kandungan membuktikan komitmen OUM ke arah mencapai pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti menerusi interaktif dan alat bantuan belajar yang mesra dan mudah digunakan di samping modul bercetak.
"Jaringan hampir 9,000 alumni akan dapat membantu OUM melengkapkan semua lapisan masyarakat untuk mendapatkan pendidikan ke tahap tertinggi.
"Alumni boleh berperanan untuk mempromosikan OUM kepada masyarakat,'' katanya.

2 comments:

Anonymous said...

oum ada iktiraf oleh kerajaan tak?

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.