Monday, May 19, 2008

Persatuan Orang Pekak di Malaysia

Hi pembaca blog ini. Terima kasih kerana menyokong dan memkomen pendapat anda untuk kemajuan komuniti kita.

Saya di blog ini ingin menceritakan mengenai komuniti orang Pekak di seluruh negara satu persatu. Kita lihat perbandingan antara MFD dan persatuan negeri yang mana MFD adalah lebih maju dari persatuan lain.

Kemajuan pesatuan orang Pekak adalah sebab kebagusan pemimpin yang diterajui oleh individu, dan kegagalan persatuan orang Pekak yang lain adalah disebabkan individu pemimpin yang tidak bagus.

KLSD - pemimpin Aqlam Jafri, graduan luar negara. Persatuan ramai ahli sebab ada kad rapid free tapi sekarang kad rapid tak guna dan kena bayar 50%. Masalah ramai ahli tak tahu apa program KLSD sebab EXCO KLSD ramai yang tak buat kerja dan tak bersatu serta cakap belakang. Program ada dan OK tapi ramai tak puas. KLSD lawan ramai kumpulan seperi YMCA Deaf Club, Yayasan Deaf F (dah mati ke?), Buddha, gereja seperti FGA, dan macam2. Semua main tarik tali.

SELANGOR (POPCS) - pemimpin Zainudin belajar sekolah menengah. Anti MFD, keluar ahli gabungan MFD tapi ada terima bantuan MFD dulu bawah epekak. Ramai ahli marah Zainudin yang sangat garang sebab tak ada program tapi mesti bayar ahli yuran wajib. Program ada hanya untuk Islam sahaja banyak. Ramai ahli lari ke KLSD sebab ada perkhidmatan jurubahasa dan agensi cari kerja. Ramai EXCO dan ahli sangat tak puas hati dan takut sebab selalu kena marah oleh Presiden yang macam raja. Harap Zainudin akan tukar sikap yang baik dan melayani orang pekak dan bukan tindas kawan kita.

PERAK - pemimpin Amir Hamidi lulusan BSC UTM, sangat pandai tapi tak ada program langsung sebab ahli tak minta program untuk mereka. Amir tinggal kat Putrajaya mana tahu dan peduli rakyat Pekak di sana. Ahli sangat bantah dan buka balik YMCA Deaf Club Ipoh. Perak tak ada pejabat persatuan tapi duduk bersama dengan Kymojaya kilang baju kepunyaan Kamarzaman dan Ong Ruen EXCO PSD. Mereka sibuk bisznis cari duit dan tak ada masa buat aktiviti orang Pekak di Perak. EXCO tak pandai buat kerja tapi Amir dan Kamarzaman yang pandai tolong ajar EXCO ok...

PENANG - Pemimpin Chung Khim Cheong - orang tua Pekak, sekarang PDA baik dan maju sebab ada jurubahasa CT sudah kawin orang lelaki Pekak Penang dan bantu majukan PSD. Tapi kesian kena buat semua kerja dan EXCO tak tolong. Program OK tapi bertanding dengan YMCA DEaf Club Penang, masih belum dapat bersatu sepenuhnya komuniti di PP. Masalah sekarang ialah ada EXCO Pong yang dibenci oleh orang Pekak sebab dia ada masalah kepada MSFD dan MFD. Pong pandai putarbelit dan semua orang tahu, kesian Chung orang tua kena tipu. Juga Murshid ahli KLSD masuk persatuan Penang sebab mereka mimpi nak masuk MSFD. Pemimpin sini semua suka tarik diri dan tak minat mahu majukan diri.

JOHOR - Pemimpin Puad, sekolah vokasional FSD - persatuan sangat berjaya dalam program . Yazid buat kerja yang sangat baik dan akan menjadi pemimpin ganti pemimpin tua sekarang. Ramai kata Yazid anak emas Sazali, selalu bodek dia. Banyak program dan ramai yang sangat puas dengan Johor tapi ramai orang Johor buta huruf dan banyak berlaku-berlaku kes. Mesti buat kerja banyak supaya Johor akan jadi best organisasi. Ramai pemimpin Johor Jujur dan EXCO sangat berkerjasama.

KELANTAN - Pemimpin Razani - sekolah FSD sahaja. Best pemimpin Pekak sebab boleh kawin 2. Razani sangat dihormati oleh orang Pekak Kelantan dan tahu buat kerja. Dia ada kilang papan dan ambil orang Pekak kerja juga. Banyak program dan ramai orang Pekak pusahati sangat. Jurubahasa ada tapi jangan kacau tahu sebab dia bini Presiden Razani. Kelantan selalu menang hadiah-haidah dari MFD. Pemimpin sini jujur tapi sekarang ramai EXCO wanita Pekak lebih lelaki tahu?
Ok, berhenti sini dulu ya... I tunggu rahsia dari orang Pekak negeri lain dan tulis sini. Kalau anda ada cerita sila komen ok. Terima kasih.

20 comments:

Anonymous said...

apasal kelemahan Presiden MFD tidak pernah dikritik?

Presiden MFD ialah Penulis MYDEAFBLOG sebenar

Jika Presiden MFD tidak mengakui penulis sebenar, sila mengangkat Al-Quran untuk bersumpah pada ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI

Penulis MYDEAFBLOG tidak ikhlas tunjukkan identiti SEBENAR

STK

Penyokong MFD-MyASLI-MySLTC
Pemusnah KETUANAN PEKAK

bakal presiden MFD said...

Presiden MFD lemah adalah. U ada apa mahu kritik? Tulis lah. Ok

Penyokong Presiden MFD said...

Presiden MFD buat blog ini? Tahniah, Presiden Pekak yang lain termasuk Penyokong MFD-MyASLI-MySLTC sila ikut kemahiran Presiden MFD dan jangan bising sahaja. Tun Mahatir pun buat blog. Mengangkat AlQuran tu buat apa? Buat buruk agama Islam. Kelemahan Presiden MFD telah di kritik sampai orang gila baca, sila baca blog Marzuki penjaga istana keTUANan orang Pekak.

Anonymous said...

Penyokong MFD-MyASLI-MySLTC????
Pemusnah KETUANAN PEKAK????

Tulisan ini macam marzuki punyai....betul ke?

Anonymous said...

Bosan baca hal Ketuanan di blog Marzuki. Sebahagian besar diciplak dari tulis Khir Toyo...

Dia sendiri tidak faham hal Ketuanan ini.Kalau dia hebat bercakap hal ketuanan Pekak, apa pula halnya tentang Ketuanan orang bukan pekak?

Marzuki hanya tau mengikut saja tanpai memahami erti perkataan yang dia tuliskan.Ketuanan Pekak?APA ERTI KETUANAN yang dia maksudkan ini?

Bukankah lebih baik kita berjuang memartabatkan komuniti Pekak kita, memperjuangkan hak komuniti Pekak kita, memaruahkan komuniti kita yang semakin hilang sopan santunnya?merperjuangkan kesamarataan antara komuniti kita yang penduduk negara ini yang lain?

Bukannya melaung tentang ketuanan..Ketuanan apa?Kita ini hanya golongan minoriti..cuma sedikit sahaja bilangan kita diantara penduduk Malaysia ini..

Jika dia bercakap tentang hak kita, itu boleh kita faham.tapi hal ketuanan ini?ini sangat sombong.seolah-olah menidakkan bantuan yang diterima daripada orang lain.komuniti kita akan terbiar jika kita giat melaungkan tentang ketuanan yang tidak tahu hujung pangkal dijerit-jerit macam orang bodoh.

Jika ahli politik melaung-laung tentang ketuanan Melayu itu mungkin kita boleh faham.Bangsa Melayu ramai di Malaysia.Ini pun dikenali sebagai Negara Melayu walaupun kita berbilang bangsa tinggal di Malaysia.

Ini tidak..menjerit-jerit tentang ketuanan Pekak.bilangan kita yang hanya sekelumit di Malaysia dengan sombong hendak memperjuangkan KETUANAN kita. lawakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!

Anonymous said...

salam semua...

pada pendapat penulis adalah tidak adil jika hendak bandingkan presiden MFD dengan beberapa presiden persatuan negeri yang lain. bagi penulis, hanya 2 persatuan sahaja boleh dibandingkan dengan MFD. ini adalah kerana terdapat 2 perbezaan yang menjadi faktor pemisah iaitu :-

1) tempoh menerajui (jadi presiden)
2) bekerja sepenuh masa.

Umum telah ketahui bahawa presiden MFD bekerja sepenuh masa dengan gaji tinggi dibayar melalui peruntukan geran tahunan JKM. berlainan dengan pemimpin persatuan lain yang rata-rata mempunyai pekerjaan sendiri. jadi mempunyai komitmen dan masa yang terhad untuk persatuan yang diterajui. ini memberi kelebihan kepada presiden MFD untuk menghadiri mesyuarat dengan agensi awam/swasta pada hari bekerja kerana tidak perlu ambil cuti rehat atau ponteng kerja berbanding dengan presiden persatuan lain.

selain itu faktor presiden MFD telah memegang jawatan presiden selama 10 tahun berturut-turut juga menjadi kelebihan dalam memajukan MFD berbanding dengan dengan presiden persatuan lain kecuali (PKPT, POPK, POCPS)yang bertukar2 presiden..

perkara ini juga telah di akui oleh beberapa rakan penulis yang merupakan presiden persatuan pekak negeri..


kesimpulan :- hanya presiden POCPS sahaja yang boleh dibandingkan dengan presiden MFD berdasarkan faktor bekerja sepenuh masa dengan persatuan dan tempoh menerajui....

Anonymous said...

samada pemimpin baik ataupun tidak hanya dapat dinilai melalui sejarah perkhidmatan setiap warga kerja di MFD dan persatuan Pekak.

kenapa presiden MFD dijadikan fokus kritikan atau pujian. Alangkah baiknya jika yang mengkritik itu boleh memberikan satu cara terbaik bagi melahirkan bakal pemimpin masa depan, dan yang memuja /memuji itu janganlah membodek lagi.

kalau nak dikritik sebenarnya ramai dikalangan pemimpin negeri yang harus dikutuk.

kepada marzuki ong, sekiranya anda tidak suka pada presiden MFD, janganlah jadikan MyASLI dan MySLTC sebagai kambing hitam dalam sandiwara anda. walaupun 2 entiti ini sebahagian daripada MFD tetapi ia adalah dibawah kawalan para JBI.

Anonymous said...

presiden PKPT siapa, cikgu kutong ke, en ismail....smpai bila orang xpekak ini mntdbir persatuan terngganu.....bagi lah peluang kepda mereka disana.....pocpt, walaupn tengku presiden tapi dibwah ketiak orng tak pekak.....msuk MSFD sbab dia sama anti MFD

presiden PADA, firdaus, lpasan politeknik di prak.....beliau sering membanggakn diri sbab slalu jadi ketua di sna ttpi tak fham org Pekak semuanya. dia ingt dia tau semua, ttapi sebnarya tak tahu.....dia mcam talam 2 muka, sbab dgan MSFD lain sikap, dgan MFD lain sikap

perlis apa jadi, bnyak diam shaja.....aktiviti dan pgram mana

kda bawh Lim, hanya fokus pda MSFD ttapi kda terus diam.....takde pgram skrang, tak bleh buat keputusan sendiri, isteri mesti tlong putskan.....kesian

POPM, shukor dah hilang ke.....sma macam perlis diam shja

negeri semblan, sariah.....hari tu ada pgram islam, 1 shaja ke, mana pgram lain

Anonymous said...

i ada dengar..pilihanraya habis hari itu sudah NESDA kena halau ofis keluar..sebab BN kalah sudah undi la..

now NESDA ofis x ada..rbcdydsm

Anonymous said...

Ini macam mydeafblog xpayah cerita utk persatuan negeri lain sebab dah ditulis oleh blogger. Itu cerita ramai juga tahu. Ingatan kepada semua pemimpin termasuk Presiden MFD bahawa anda semua xlari dpd kritikan.
Ok blogger mydeafblog sila tukar cadangan bagaimana melahirkan pemimpin yang positif.

Anonymous said...

mydeafblog pengorek kda, pocps, psd, pkocpt

mydeafblog pemanja klsd, sdjo, pkopk, pda

mydeafblog tidak tahan ketuanan pekak

Anonymous said...

Kesian... Ketuanan pekak??

Hairan..? Mengapa tak tunjuk Ketuanan Pekak di DSE dan MSFD? Adakah Ketuanan Pekak yang dilaungkan oleh Marzuki membawa kemajuan kepada DSE dan MSFD?
Sebelum melaung-laungkan Ketuanan Pekak yang tak tentu hujung pangkal..buktikan dulu...

Yang aku tahu MFD yang memperjuangkan HAK ORANG PEKAK dan MEMPERJUANGKAN KESAMARATAAN dengan orang bukan pekak lebih maju ke depan...daripada MSFD yang mana MARZUKI ONG bertahun berada didalamnya..yang mana kucar kacir pentadbirannya..yang mana didalamnya berpuak-puak hingga menghancurkan harapan orang Pekak..Jangan tuding jari kepada orang lain..tuding jari pada batang hidung sendiri..

Mana Ketuanan Pekak yang kau laungkan??

Jangan menjadi badut yang hanya tau mengikut kata-kata ahli politik..Ketuanan yang kau laungkan membawa kacau bilau pertubuhan yang kau sama mentadbir...

Kau tidak dapat mengawal orang bawahan kau malah orang bawahan kau terang-terang tunjuk marah mereka terhadap kau sehingga hancur DSE..

Macamana hendak menyerahkan tampuk kepimpinan MFD yang mewakili komuniti kita kepada pemimpin yang seperti kau? jika diberi kepada kau maka hancurlah komuniti kita.

akan bertambahlah pecah belah antara kita.akan bertambahlah masalah kita.masalah yang kecil akan menjadi besar.yang remeh akan menjadi serius.jurang yang sempit akan menjadi lebar selebar lebarnya.

Presiden MFD memang ada kelemahan tetapi kelemahan yang dia ada boleh ditutup dengan kejayaan yang dibawa MFD semasa dibawah pimpinan dia.

Presiden MSFD juga mungkin boleh memimpin dengan baik jika tidak ada pengacau seperti kau didalam pertubuhan.

Kau seringkali memuji diri sendiri. tapi ingatlah pesanan orang tua-tua..

"Dalam apa-apa keadaanpun tolong jangan jadi seperti dua golongan orang ini:-

Pertama, orang yang suka menceritakan segala penderitaannya supaya semua orang simpati, lagi ramai orang simpati lagi bagus kerana dia adalah seorang yang ingin mendapat perhatian.

Kedua, orang yang menceritakan segala kelebihannya supaya semua orang cemburu, lagi ramai orang cemburu lagi bagus kerana dia adalah seorang yang ingin mendapat perhatian."

Al-Insan Syed Al Hassan said...

"ISU PANAS"

Amir hamidi- Tak pandai jadi pemimpin dan tak tahu kerja SU MSFD. BAHASA bagus tulisan ok. hanya pandai cakap-cakap saja. ada masalah terus lepas campak pada Presiden Lim MSFD..kesian Lim kena tindas dari exco MSFD sendiri.
Kawan saya badminton lelaki tak dapat pilih cakap, pengurus Kamarzaman badminton kena buang pemain tak suka dia. Sponsor Kerajaan Perak RM8k kamar diam jadi rahsia.. duit masuk PSD Perak sama juga SU MSFD subahat sebab dia Presiden PSD mahu duit untung sama. Lim cerita tindakan kepada kamar tapi SU MSFD tolong selamat kamar. "ZALIM! ZALIM!...woi bagi la aku sikit mahu enjoy beli motor EGO..hehe"..nanti tak kau berdosa"

Kamarzaman & Ong Shen Ruen exco PSD- orang semua cakap bagus bisnes dia, sekarang sama juga lompat-lompat lari elak hutang. Hutang gaji pekerja janji bagus tapi muslihat banyak mahu kesempatan'.. saya dengar gaji kerja normal 2 orang dulu KYMOJAYA tak beri dapat lagi sekarang.
Mula buka bisnes 1.KYMOJAYA, 2.KYMO UDUJAYA, 3.KYMOASIA., 4.KAMIMAUKAYA, 5.PEKERJA MATI SIASIA
....Jangan marah ok..cadangan ikhlas aje..."


Ong Shen Ruen- aku dengar cerita kawan perak nampak ong Shen suka belanja banyak guna duit MSFD tapi tiada rekod buat akuan.. yela tak perlu sebab dia Bendahari MSFD yang tak pandai buat rekod akuan".
Lagi cakap ong shen tak buat kerja betul, tapi dia suka popula jual bisnes KYMO. Exco MSFD tak ambil tindakan pada ong shen sebab Amir dan kamar sudah bela dia selamat. masa meeting amir pula marah lim jadi salah lim tangunjawab. ish"..ish..ish..Teruk Lim kena tuduh salah.

Anonymous said...

hai semua..

Disini saya nak ajak kawan-kawan semua berfikir dan menilai apa yang saya cuba sampaikan ini ye...

Disini juga saya nak bercerita tentang KeTUANan PEKAK yang sering dilaung oleh Pengasas DSE.. Marzuki..

Tahukah anda semua, tentang program DSEKL 2007 telah berjaya dilangsungkan dengan jayanya sampai banyak pujian yang DSE terima oleh negara luar yang hadir. tahukah anda semua?

Syabas kepada DSE kerana telah berjaya menaikkan nama Malaysia dimata negara luar. Tetapi saya nak bertanya, sekiranya KeTUANan PEKAK yang sering dilaungkan oleh Marzuki tu betul, kenapa ada orang normal yang bersama-sama membantu menaikkan DSEKL?

Sepanjang KeTUANan PEKAK beliau, DSE banyak berurusan dengan jabatan-jabatan kerajaan Malaysia, Kementerian Pelancongan Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.. dan sebagainya.. siapa yang uruskan?? KeTUANan PEKAK atau orang normal juga terlibat?

sepanjang KeTUANan PEKAK beliau, tahukah kawan-kawan semua, gaji pekerja asyik tergantung.. dan terbaru saya dengar mereka sudahla tidak dibayar gaji selama lebih kurang 5 bulan, malah terus dipecat tanpa dibayar gaji. Saya mau tanya kawan-kawan, inikah sikap KeTUANan PEKAK? Saya fikir dia mau lari dari bayar gaji pekerja dia maybe...hahaha

Setelah kawan-kawan semua baca apa saya tulis ini, saya mahu kawan-kawan berfikir sekejap ok?

Pertama: Wajarkah KeTUANan PEKAK seperti Marzuki ini jadi PEMIMPIN?
Jaga-jaga ye..kerja dibawah dia, nanti sudah lama kerja macam-macam alasan dia bagi supaya dia tak bayar gaji. Nanti kawan-kawan semua mau makan apa? pikirlah sendiri.
Lepas itu, cuba kawan-kawan pikir, apa nasib kawan-kawan kita yang dulu kerja di DSE, sekarang sudah lebih 5 bulan tidak di bayar gaji.
RENUNGAN : Siapa yang menindas siapa sekarang?

KEDUA : Setelah DSEKL berjaya, saya mau tanya kawan-kawan, siapa dapat nama? KeTUANan PEKAK atau orang normal yang bersama-sama kerja bawah DSE? adakah kawan-kawan semua kenal pekerja-pekerja DSE dulu yang sama-sama naikkan nama orang pekak dengan DSE? kesian mereka... jasa tidak dikenang.
RENUNGAN : sekiranya benar fakta Marzuki dengan sikap KeTUANan PEKAK dan orang normal ambil peluang mempergunakan orang pekak, kenapa orang normal tidak kaya - kaya lagi sampai sekarang?
MAKSUDNYA : orang normal ikhlas ingin membantu demi mencari rezeki dan sesuap nasi dalam persatuan ini, macam orang lain bekerja. cuma kelebihannya, orang normal ini iklhas nak bantu menaikkan nama orang pekak kat malaysia. Orang normal menjadi 'suara' kepada masyarakat umum. Cuba kita lihat tugas Jurubahasa Isyarat(terdiri dari orang normal) yang menjadi 'suara' warga pekak. Bukan kah sama saja?

Oleh itu, renung-renungkan la. Siapa yang menindas siapa, dan siapa yang menolong siapa.

Wallahualam.

Anonymous said...

"Isu Panas"

Sape yang buat tu guna pakai nama aku ha?"...

Anonymous said...

Marzuki akan dikeluarkan dari komuniti pekak dan akan di senarai hitamkan dari segala aktiviti warga pekak.

Beliau adalah punca segala masalah yang wujud diantara dalam orang pekak.

Berita ini i dapat dari individu yang kerja cafe

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Salam, semua!
Saya nak pendapat warga pekak tentang masalah mencari pekerjaan. Adakah anda tidak yakin mencari kerja & berhadapan dengan orang normal, atau syarikat susah/tidak mahu menerima orang pekak bekerja? Atau kebolehan & kemahiran kamu tidak diketahui oleh syarikat2 sebab tidak ada tempat/orang yang hendak membantu promosi kemahiran anda? Sebarang respons saya dahului ucapan terima kasih.

Anonymous said...

PERLUKAH SAYA FLAG-KAN BLOG YANG DAHSYAT NI??

Anonymous said...

salam.. saya ingin mengetahui di mana saya boleh mendapatkan khidmat pelatih utk mengajar tentang basic communication skill utk remaja. saya ingin mengadakan bengkel selama 2 jam utk mendidik masyarakat,remaja terutamanya utk mempinyai kesedaran dan basic skill dlm berkomunikasi dgn org pekak di alam pekerjaan. harap boleh usulkan nama individu yg blh membantu dgn bayaran yg murah..