Thursday, June 12, 2008

Apabila minyak naik harga....

Hello, semua pelawat blog saya.

1. Apabila minyak naik harga, masalah saya dan famili bertambah. Tangki motorsikal RM 5 seperti biasa nampak sikit, pergi balik kerja, naik motor, pergi kedai beli barang makan, minyak habis cepat. Nak pergi jumpa kawan belanja makan roti canai minum teh tarik dan gossip tak bolehlah.

2. Inilah masalah kita orang pekak sekarang, apa boleh buat, kita menyesal sebab dulu masa sekolah tak belajar rajin, tak lulus SPM. Kalau ada SPM, ada sijil universiti ada dapat kerja yang baik dan gaji besar lebih juga dari sekarang.

3. Ingat masa sekolah rendah dan menengah dulu guru sekolah tak tahu bahasa isyarat, kita orang pekak ajar guru2 bahasa isyarat lah, kita tak dapat duit pun ajar guru bahasa isyarat. Ramai guru makan gaji buta sahaja, tak takut dosa, tipu orang pekak pula tunjuk pandai ajar tapi kita tak ada motivasi dan gagal. Bukan mahu salahkan guru2 tapi itu adalah berlaku dan sekarang kita hadapi masalah.

4. Kita mesti berjimat sekarang, jangan pergi jalan-jalan buang minyak. Pergi persatuan ok, pergi belajar ok, pergi ngorat gossip dengan kawan kacau lelaki perempuan - tak ok sebab tak ada faedahnya. Orang Islam pergi sembahyang Jumaat jangan lupa. Minta doa selamat diri dan keluarga ok.

5. Ini cadangan saya sahaja untuk hadapi duit habis sebab isi minyak motor. Ingatlah kita juga jaga motor dengan baik, tukar minyak hitam, jaga baik2 sebab kalau rosak nanti kena bayar mahal, buat rugi ok. Jangan rempit ok.

6. Kita juga perlu makan ada zat yang baik, jangan beli makan murah dan busuk nanti sakit dan rugi pergi hospital. Kesihatan kita sangat penting juga ok. Kalau sakit tak pergi kerja tak buat OT dan kita tak dapat duit lebih. Saya selalu buat OT untuk bayar duit motor tahu.
Ok, ini sahaja cadangan saya. Kalau nak ikut ok lah, kalau ada idea lain silakanlah kita bincang sini.

TC

1 comment:

Unknown said...

Salam.saja jenguk. keep it up.good idea good work.