Wednesday, June 18, 2008

Berita Gembira

17 jun 2008 ( Kosmo )

Had kelayakan bantuan OKU dinaikkan

BANGI - Had kelayakan penerima elaun bantuan Orang Kurang Upaya (OKU) yang sebelum ini ditetapkan kepada mereka yang berpendapatan sekitar RM750 sebulan, kini dinaikkan kepada RM1,200 sebulan bagi memboleh- kan lebih ramai golongan itu menerima bantuan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr. Ng Yen Yen berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira beban yang ditanggung oleh golongan terbabit ekoran kenaikan harga minyak dan barangan keperluan lain.

Beliau memberitahu, elaun bantuan RM300 kepada semua penerima mengi- kut had kelayakan baru itu sudah disampaikan pada bulan lalu dan berharap ia bukan sahaja dapat mengurangkan beban mereka, malah membolehkan mereka berdikari.

"Mereka perlulah berdaftar dengan kementerian dan mengemukakan bukti seperti slip gaji bagi membolehkan mereka menerima elaun bantuan itu," kata- nya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah perkhidmatan cemerlang peringkat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di sini semalam.

Sementara itu, Yen Yen memberitahu, ekoran kenaikan harga minyak dan barang-barang keperluan, pihaknya juga sudah memohon kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menaikkan elaun bantuan OKU dan golongan miskin yang berkeluarga daripada RM400 kepada RM700 sebulan.

Hore!! saya akan pergi ke JKM untuk membuat permohonan. Wahai orang Pekak yang bergaji rendah, marilah pergi ke JKM ramai-ramai. Kita buat permohonan kalau tidak mahu pergi, makan Maggi lah anda yang sombong.

3 comments:

Anonymous said...

Salam kepada semua, Untuk makluman berita gembira ini telah diwar-wrkan di dada akhbar. Tetapi masalah sekarang adalah pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang menguruskan EPC ini belum dapat apa-apa arahan daripada ibu pejabat (JKMM). saya dapat tahu tentang perkara ini pun apabila ada orang pekak yang bergaji RM1,100 telah membuat permohonan di PKMD. tetapi pegawai PKMD yang bertugas menyatakan bahawa segala tindakan tidak boleh dibuat untuk masa sekarang kerana PKMD belum menerima apa-apa arahan.

Walaubagaimana pun orang Pekak boleh pergi daftar tetapi bila proses ni akan diuruskan kita tidak tahu. Hara maklum.

Sekian.

Al-Firdausi said...

laporan akhbar jangan percaya sangat.. kadang2 mereka tersalah lapor atau sengaja menokok tambah untuk sedapkan berita...

perubahan syarat maksimum RM750 ke RM1200 hanya boleh dilaksanakan setelah JKMN dan PKMD mendapat surat pekeliling jabatan (arahan pentadbiran) dari JKMM...

Al-Firdausi said...

surat pekeliling (arahan pentadbiran) telah dikeluarkan kepada semua Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) seluruh negara. kepada sesiapa yang gaji kasar RM1200 kebawah boleh memohon EPC di PKMD kawasan masing-masing. perlu di ingat bahawa had kelayakan untuk mendapat EPC adalah GAJI KASAR RM1200 kebawah.. sesiapa yang dapat GAJI KASAR RM1300 tetapi selepas potongan KWSP dan PERKESO cuma dapat bawah RM1000 adalah tidak layak memohon EPC. walaubagaimanapun bg yang sudah berkahwin dan mempunyai tanggungan masih boleh diberi pertimbangan mengikut kuasa budi bicara pekerja kes (pegawai penyiasat).