Wednesday, August 13, 2008

Pemimpin MSFD dan MFD baru.

Hello kawan,

Maaf kerana lama tak tulis blog ini. Sebab saya ke luar negara untuk bercuti dengan keluarga. Mana ada masa nak tulis blog sebab ambil kesempatan melawat dan melancung.

Balik ke Malaysia tanah air ku, dengar gosip dari kawan rapat bahawa 2 gergasi organisasi orang Pekak di Malaysia akan buat AGM iaitu MSFD pada bulan Ogos ini dan MFD pada bulan September ini.

Baguslah itu. Demokrasi ada dan kita ada hak mengundi. Tetapi saya tak boleh mengundi sebab saya bukan ahli MSFD atau MFD.

Harapnya semua akan OK seperti biasa. Orang Pekak akan mengundi pemimpin yang jujur dan boleh buat kerja bukannya mahu nama atau mahu keluar negara sahaja. Sekarang kerajaan Malaysia baik hati sebab selalu sokong Pekak, sukan keluar negara selalu kerajaan kasi duit beli tiket kapal terbang, baju, duit poket, duit latihan dan lain-lain lagi. Tapi sedih kalau menang pingat selalu orang Pekak tak dapat duit. MSFD lemah buat kerja sebab AJK tak buat kerja.

OK harap tahun ini akan menjadi lebih baik lagi. Cadangkan semua AJK MSFD yang lama di tukar baru. Kita perlukan pemimpin baru ok untuk bangunkan MSFD. Lim Heng Tuck juga akan bersara dan harap ada pengganti baru yang lebih baik. Juga orang normal dan pengasas dari DSE di haramkan dari membantu MSFD, cukuplah dan terima kasihlah.

Siapa pula pemimpin MFD? Sudah ada pengganti MSazali ke? Dia dah lama duduk kerusi Presiden, tak boleh sampai matilah.

Ok, sayang komuniti kita dan harap ada kemajuan selepas AGM nanti.

3 comments:

Anonymous said...

penulis mydeafblog busuk hati hasut pemimpin msfd wajah lama

penulis mydeafblog busuk hati cemburu kejayaan msfd

penulis mydeafblog busuk hati rosak orang pekak di seluruh malaysia

Anonymous said...

Salam semua rakan2 sukan,

Kami tak menyetuju kenyataan penulis mydeafblog ini buat mengutuk terhadap barisan exco MSFD. Minta semua usah melayan pada dia. Nampak ia membawa tak ada manfaat di anggap sebagai musuh komuniti ahli pekak. Kami berpendapat elokkan dia pindah semuga menumpu persatuan pekak lain.

Tentang AGM MSFD, kami mahu pemimpin MSFD terutama 3 ciri ialah rasional, displin, mesra atlet pekak sukan. Kami mengharap tukaran pemimpin baru arah ke program sukan akan datang. Doa jayakan MSFD menjalankan baik.

Sebelum undi AGM, fikir2 dengan baik dulu. Selamat mengundi.

stk.

Anonymous said...

salam semua rakan2 sukan,

kami tak senang dengan pengerusi MDYA bersikap ala mafia.

Dia keluar kata-kata kesat kepada bapa MFD yang menarik diri dalam tanding Presiden MSFD ahad lalu.

Minta semua usah layan pada dia.

Nampak dia bawa tak manfaat dianggap sebagai musuh komuniti ahli pekak.