Tuesday, September 2, 2008

EXCO MSFD

Tahniah EXCO MSFD tapi saya bergosip dengan kawan fasal isu baru.

Cerita Lim Anuar sebagai SUA MSFD. Mengapa? Lim Anuar telah tarik diri pegang jawatan tingi dan rendah tetapi dilantik juga sebagai SUA. Presiden suruh ke?

Masa AGM MSFD ada Md Sazali ada cadang suruh Presiden hantar surat rasmi ke Yazid dari Johor dan Firdaus dari Pahang.

Sudah kah? jika mereka menolak secara rasmi, secara otomatis bolehlah pilih sesiapa sahaja jadi SUA. Lebih baik first kepada EXCO yang dilantik 'naik pangkat' kemudian mengambil seorang lagi menganti orang yang 'naik pangkat' tersebut. Dengan cara ini akan tolakkan rasa tak puas hati kerana ada sifat rasuah dan pakatan atau kroni. Juga perlembagaan MSFD belum ubah yang Presiden boleh melantik JK nya.

Kita kenal Lim Anuarkan? dia orang Sport? macam Amir bukan orang sport dan sebab itu MSFD gagal. Risau saya.

Sekarang masalah ialah 4 ahli KLSD dalam EXCO MSFD, ianya membahayakan MSFD,
CONTOH sekiranya ada ahli persatuan gabungan cadangkan Presiden dipecat, akan dapat 4 undi dari KLSD sebab KLSD akan mengarahkan ahli nya mengundi satu suara, pengaruh KLSD juga kuat.

KLSD sedar kah? tak nak bantah 2 ahli nya masuk MSFD?

OK harap semua ok, Kamarzaman hebat boleh jaga MSFD ya.

Semoga berjaya.

No comments: