Tuesday, September 2, 2008

Jangan buat laporan palsu

Ketua Pemuda Cawangan Lengkok Golf didenda buat laporan palsu
02/09/2008 3:11pm

PUTRAJAYA 2 Sept. - Seorang Ketua Pemuda UMNO cawangan didenda maksimum RM2,000 atau penjara empat bulan setelah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kajang di sini atas tuduhan membuat laporan palsu kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengenai politik wang dalam parti.

Mohd. Rusihan Abu Yaziz @ Mohamad, 32, mengaku membuat laporan itu supaya siasatan dilakukan terhadap Ahmad Affandi Hamzah yang didakwa menyogoknya dengan wang tunai RM1,500 bagi menyokong pencalonan penama sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kelana Jaya.

Dia yang merupakan Ketua Pemuda Cawangan Lengkok Golf, Kelana Jaya didakwa membuat laporan palsu itu kepada Penguasa Kanan BPR, Saiful Ezral Arifin di antara pukul 5 petang dan 7 malam, 30 Julai lalu di Ibu Pejabat BPR di sini. - Utusan.

----------------------------

wahai semua kawan-kawan Pekak, ramai suka gosip bukan-bukan. Kalau ikut gosip buat laporan polis, tapi laporan palsu anda akan di hukum ok.

hati-hati ok.

No comments: