Thursday, May 29, 2008

Jom blog...

Hi terima kasih kerana sokong blog saya.

Mula saya daftar blog dengan kira jumlah pelawat blog ini minggu lepas pada hari Khamis sampai sekarang ialah 853 pelawat. Jumlah ini ok je, dan comment juga banyak. Saya tak buang comment sebab semua OK.

Blog ini tak boleh lawan blog Tun Dr Mahathir http://www.chedet.com/ yang telah pelawat 1,000,000. Tahniah Tun.

Blog saya tak hasut pun orang atau burukkan orang, tapi hanya laporkan cerita sebenar apa berlaku di community kita. Ada juga yang saya laporkan juga hantar comment ke blog ini. Terima kasih. Walaupun benci tak suka saya tulis tapi anda jawab dan tulis di blog ini. Saya kenal siapa.

Ada ramai orang pekak ada blog sendiri, semua OK dan bagus. Bangga sebab orang pekak boleh faham dan tahu IT.

Tetapi mesti awas, kita bawah undang-undang Malaysia, kalau hasut atau cerita tipu atau buat fitnah akan boleh di hukum.

Ada baca Blog Marzuki? Ramai kawan saya kata itu tak baik, sebab ada banyak fakta tak betul dan cerita fitnah. Itu bahaya. Ada cerita fitnah pasal MFD dan Presiden MFD dan juga Presiden MSFD. Saya hairan mengapa MFD diam sahaja?

Presiden mengapa tak ambil tindakan undang-undang terhadap Marzuki? Rahsia sahaja, macam ada konsipirasi sahaja atau Presiden tidur sahaja?

Ok, orang Pekak sila buat blog, sebab akan bantu kita untuk mahir menulis BM dan orang normal boleh baca cerita pasal orang Pekak.

Ok, jom blog. Kalau nak belajar buat blog, boleh.... I boleh ajar... mudah je lah.

Friday, May 23, 2008

Normal Vs Deaf

Saya ingin maklumat fasal Yayasan Majudiri Y sebab organisasi ini merupakan organisasi terhandal di Malaysia.
Kehebatan hampir kalahkan MFD, telah cipta buku sex sign language, program video sign language dari derma yayasan dan juga buku budaya orang pekak Malaysia. Dan banyak lagi program masuk suratkhabar seperti abuse sex serta terima banyak anugerah.
Lucy Lim telah keluar, Koon Wei, Anne Laura juga keluar dari Program tersebut. Membazirkan duit umum dan tenaga sahaja. Sayangnya kemahiran Koon Wei yang ada MA dan Anne Laura bekas pekerja MFD sekarang rugi dan kerja entah kemana.
Sebab utama kegagalan ialah YMCA orang normal, mereka tak tahu pasal Deaf dan akibatnya program tenggelam.
Harap MySLTC yang dikontrol normal jangan ikut YMCA.

Wednesday, May 21, 2008

AGM KLSD

Hi, sila melawati www.klsd.org.my pasal AGM KLSD.
Tahniah KLSD buat cara baru dan buat cara demokrasi.
Presiden MFD yang menjadi isu panas dapat 1 calun sahaja, Marzuki yang mahu bertanding tak dapat calun Presiden tetapi dapat calun Timbalan. Harap Marzuki terima kenyataan.
Bagus sebab ada orang tarik dri sebelum hari pertandingan, sebab jika tarik diri semasa pertandingan akan rosakkan AGM.
Cadang masa pagi bagi peluang kepada mereka yang bertanding beri ceramah mengapa mesti undi yang bertanding.
Selamat bertanding.

Monday, May 19, 2008

Persatuan Orang Pekak di Malaysia

Hi pembaca blog ini. Terima kasih kerana menyokong dan memkomen pendapat anda untuk kemajuan komuniti kita.

Saya di blog ini ingin menceritakan mengenai komuniti orang Pekak di seluruh negara satu persatu. Kita lihat perbandingan antara MFD dan persatuan negeri yang mana MFD adalah lebih maju dari persatuan lain.

Kemajuan pesatuan orang Pekak adalah sebab kebagusan pemimpin yang diterajui oleh individu, dan kegagalan persatuan orang Pekak yang lain adalah disebabkan individu pemimpin yang tidak bagus.

KLSD - pemimpin Aqlam Jafri, graduan luar negara. Persatuan ramai ahli sebab ada kad rapid free tapi sekarang kad rapid tak guna dan kena bayar 50%. Masalah ramai ahli tak tahu apa program KLSD sebab EXCO KLSD ramai yang tak buat kerja dan tak bersatu serta cakap belakang. Program ada dan OK tapi ramai tak puas. KLSD lawan ramai kumpulan seperi YMCA Deaf Club, Yayasan Deaf F (dah mati ke?), Buddha, gereja seperti FGA, dan macam2. Semua main tarik tali.

SELANGOR (POPCS) - pemimpin Zainudin belajar sekolah menengah. Anti MFD, keluar ahli gabungan MFD tapi ada terima bantuan MFD dulu bawah epekak. Ramai ahli marah Zainudin yang sangat garang sebab tak ada program tapi mesti bayar ahli yuran wajib. Program ada hanya untuk Islam sahaja banyak. Ramai ahli lari ke KLSD sebab ada perkhidmatan jurubahasa dan agensi cari kerja. Ramai EXCO dan ahli sangat tak puas hati dan takut sebab selalu kena marah oleh Presiden yang macam raja. Harap Zainudin akan tukar sikap yang baik dan melayani orang pekak dan bukan tindas kawan kita.

PERAK - pemimpin Amir Hamidi lulusan BSC UTM, sangat pandai tapi tak ada program langsung sebab ahli tak minta program untuk mereka. Amir tinggal kat Putrajaya mana tahu dan peduli rakyat Pekak di sana. Ahli sangat bantah dan buka balik YMCA Deaf Club Ipoh. Perak tak ada pejabat persatuan tapi duduk bersama dengan Kymojaya kilang baju kepunyaan Kamarzaman dan Ong Ruen EXCO PSD. Mereka sibuk bisznis cari duit dan tak ada masa buat aktiviti orang Pekak di Perak. EXCO tak pandai buat kerja tapi Amir dan Kamarzaman yang pandai tolong ajar EXCO ok...

PENANG - Pemimpin Chung Khim Cheong - orang tua Pekak, sekarang PDA baik dan maju sebab ada jurubahasa CT sudah kawin orang lelaki Pekak Penang dan bantu majukan PSD. Tapi kesian kena buat semua kerja dan EXCO tak tolong. Program OK tapi bertanding dengan YMCA DEaf Club Penang, masih belum dapat bersatu sepenuhnya komuniti di PP. Masalah sekarang ialah ada EXCO Pong yang dibenci oleh orang Pekak sebab dia ada masalah kepada MSFD dan MFD. Pong pandai putarbelit dan semua orang tahu, kesian Chung orang tua kena tipu. Juga Murshid ahli KLSD masuk persatuan Penang sebab mereka mimpi nak masuk MSFD. Pemimpin sini semua suka tarik diri dan tak minat mahu majukan diri.

JOHOR - Pemimpin Puad, sekolah vokasional FSD - persatuan sangat berjaya dalam program . Yazid buat kerja yang sangat baik dan akan menjadi pemimpin ganti pemimpin tua sekarang. Ramai kata Yazid anak emas Sazali, selalu bodek dia. Banyak program dan ramai yang sangat puas dengan Johor tapi ramai orang Johor buta huruf dan banyak berlaku-berlaku kes. Mesti buat kerja banyak supaya Johor akan jadi best organisasi. Ramai pemimpin Johor Jujur dan EXCO sangat berkerjasama.

KELANTAN - Pemimpin Razani - sekolah FSD sahaja. Best pemimpin Pekak sebab boleh kawin 2. Razani sangat dihormati oleh orang Pekak Kelantan dan tahu buat kerja. Dia ada kilang papan dan ambil orang Pekak kerja juga. Banyak program dan ramai orang Pekak pusahati sangat. Jurubahasa ada tapi jangan kacau tahu sebab dia bini Presiden Razani. Kelantan selalu menang hadiah-haidah dari MFD. Pemimpin sini jujur tapi sekarang ramai EXCO wanita Pekak lebih lelaki tahu?
Ok, berhenti sini dulu ya... I tunggu rahsia dari orang Pekak negeri lain dan tulis sini. Kalau anda ada cerita sila komen ok. Terima kasih.

Tuesday, May 13, 2008

Mahu jadi Presiden Persatuan Orang Pekak?

Mesti ada pendirian tegas
Mesti ada pendirian tetap
Jangan tukar-tukar keputusan
Jangan jadi pak turut, ikut cakap orang lain bodoh
Mesti boleh baca dan menulis BM dan English
Mesti boleh berfikir waras
Jangan niat nak cari nama
Jangan niat nak terbang luar negara
Mesti pandai pekak
Mesti pandai berucap berceramah
Jangan ambil kesempatan bisnis
Jangan tak jujur
Mesti hormati orang Pekak
Mesti buka mata dan terima cadangan orang Pekak
Jangan kepala besar
Jangan pandang rendah orang Pekak
Mesti ada banyak idea tapi mesti boleh buat kerja idea itu
Mesti selalu jumpa orang Pekak bawah

macam-macam lagi untuk orang Pekak jadi pemimpin yang baik.

anda ada syarat itu mahu jadi Presiden?

Wednesday, May 7, 2008

OKU berpeluang lanjut pelajaran ke OUM

Kita baca suratkhabar semalam berkata 10k jawatan kosong untuk OKU di jabatan kerajaan. Ramai orang Pekak tak ada kelulusan baik? Ok ada peluang baru, kita pergi belajar di OUM ambil sijil tinggi, diploma, ijizah di OUM.

Berita Utusan Malaysia today.

OKU berpeluang lanjut pelajaran ke OUM

KUALA LUMPUR 7 Mei - Orang kurang upaya (OKU), warga emas dan golongan yang tidak mempunyai kelayakan akademik minimum tetapi berpengalaman kini berpeluang belajar di Universiti Terbuka Malaysia (OUM).
Canselor OUM, Datin Seri Jeanne Abdullah berkata, kaedah pembelajaran yang fleksibel dan terbuka yang dilaksanakan oleh universiti itu membolehkan golongan tersebut meneruskan cita-cita melanjutkan pelajaran.
Jeanne yang juga isteri Perdana Menteri berkata, dasar yang dilaksanakan OUM ini bersesuaian dengan aspirasi kerajaan yang menekankan kepada pembelajaran sepanjang hayat.
"Usaha yang dibuat oleh OUM memberi peluang kepada lebih ramai ahli masyarakat menimba pendidikan harus dicontohi oleh semua pihak,'' kata Jeanne ketika berucap di majlis pelancaran e-kandungan dan portal alumni OUM di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron dan Presiden/Naib Canselor OUM, Prof. Tan Sri Anuwar Ali.
Menurut Jeanne, pelancaran e-kandungan membuktikan komitmen OUM ke arah mencapai pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti menerusi interaktif dan alat bantuan belajar yang mesra dan mudah digunakan di samping modul bercetak.
"Jaringan hampir 9,000 alumni akan dapat membantu OUM melengkapkan semua lapisan masyarakat untuk mendapatkan pendidikan ke tahap tertinggi.
"Alumni boleh berperanan untuk mempromosikan OUM kepada masyarakat,'' katanya.

Tuesday, May 6, 2008

Jawatan Kosong Untuk OKU di Jabatan Kerajaan

Suratkhabar Utusan Malaysia

Jawatankuasa khas bantu OKU
Oleh NORILA DAUD
KUALA LUMPUR 6 Mei - Satu Jawatankuasa Tugas-Tugas Khas akan ditubuhkan bagi mempercepatkan proses pengambilan seramai 10,000 orang kurang upaya (OKU) untuk menyertai sektor perkhidmatan awam.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Dr. Ng Yen Yen berkata, jawatankuasa itu akan dianggotai wakil KPWKM, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan wakil-wakil persatuan OKU.
Beliau berkata, dalam pertemuannya dengan wakil-wakil persatuan OKU dan JPA semalam, memutuskan OKU perlu mempunyai syarat-syarat tertentu seperti mempunyai pendidikan formal bagi mengisi jawatan dalam JPA.
''Daripada pandangan dan nasihat persatuan OKU, kita boleh menentukan jenis pekerjaan yang mampu dilakukan mereka seperti orang cacat penglihatan boleh memberi khidmat kaunseling,'' katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Sidang akhbar itu diadakan bagi menjelaskan pelaksanaan satu peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada OKU yang tercatat dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil.3 Tahun 2008 berkuat kuasa 1 April lalu.
Banyak pekerjaan kata beliau, boleh dilakukan oleh OKU daripada kerani sehinggalah kepada pensyarah mengikut latar belakang pendidikan dan tahap kecacatan mereka.
Yen Yen menambah, sehingga hari ini seramai 220,000 OKU berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan daripada jumlah itu hanya 581 orang berkhidmat dengan JPA.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, Senator Profesor Datuk Dr. Ismail Md. Salleh yang mewakili OKU di Parlimen turut dilantik untuk membangunkan kerjaya OKU.
Beliau berkata, kementeriannya juga akan menjadi fasilitator untuk menentukan tugas yang bersesuaian dengan keupayaan OKU.
Dalam menangani masalah OKU pula, katanya, pihak majikan atau ketua jabatan perlu mempunyai kesediaan untuk mengambil golongan ini bekerja dan dalam masa yang sama, OKU mampu memikul tanggungjawab yang diberikan.
Mengenai penyertaan OKU dalam sektor swasta, beliau berkata, ia juga kurang memuaskan apabila 50 peratus OKU meletakkan jawatan dalam tempoh enam bulan percubaan.
''Oleh itu kita akan mengkaji punca peletakan jawatan OKU di sektor swasta di samping mengenal pasti mekanisme untuk menjalankan kaunseling serta tunjuk ajar mengenai bidang tugas yang mereka lakukan,'' katanya.

Terima kasih MFD usaha membantu orang Pekak.

Kerja Kosong di Jabatan Kerajaan Untuk OKU

Ini emel yang diberikan oleh kawan Pekak saya:

Saudara/saudari semua,
Untuk makluman saya dan Sariah Ibrahim telah hadir ke taklimat khas oleh YB Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat pada 5/5/2008 jam 6 petang. Beliau memaklumkan dibawah RM9, 10,000 jawatan kosong di sektor awam telah diperuntukkan kepada OKU.
Pihak MFD telah memperjuangkan kelonggaran syarat iaitu kepujian dalam BM di peringkat SPM serta umur. Pihak SPA/JPA telah bersetuju untuk memberikan kelonggaran untuk kita. Pihak MFD juga telah diarahkan untuk mencadangkan jawatan yang sesuai untuk kumpulan kita.
YB Menteri juga telah mengundang saya ke sidang akhbar jam 12 tgh pada 6/5/2008 bagi mempromosikan peluang pekerjaan tersebut.
Sehubungan dengan itu, saya memohon anda semua menghebahkan kepada semua rakan Pekak kita dan kepada sesiapa yang berminat untuk bekerja dengan kerajaan membuat permohonan melalui persatuan masing-masing. Format permohonan belum disediakan oleh JKM tetapi saya cadangkan supaya kita bersedia terlebih dahulu dengan menyediakan resume, salinan sijil (yang penting sahaja), jawatan yang dipohonkan (mengikut kelayakan dan minat anda) dan dihantarkan kepada persatuan Pekak negeri.
Selepas itu, pihak MFD akan menyerahkan permohonan kepada JKMM untuk tindakan selanjutnya.
Sebarang pertanyaan sila menghubungi saya melalui emel.
Sekian dan terima kasih.
Yang benar,
Mohamad Sazali Shaari

Awas - saya bukan Mohamad Sazali Shaari OK...