Tuesday, May 6, 2008

Jawatan Kosong Untuk OKU di Jabatan Kerajaan

Suratkhabar Utusan Malaysia

Jawatankuasa khas bantu OKU
Oleh NORILA DAUD
KUALA LUMPUR 6 Mei - Satu Jawatankuasa Tugas-Tugas Khas akan ditubuhkan bagi mempercepatkan proses pengambilan seramai 10,000 orang kurang upaya (OKU) untuk menyertai sektor perkhidmatan awam.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Dr. Ng Yen Yen berkata, jawatankuasa itu akan dianggotai wakil KPWKM, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan wakil-wakil persatuan OKU.
Beliau berkata, dalam pertemuannya dengan wakil-wakil persatuan OKU dan JPA semalam, memutuskan OKU perlu mempunyai syarat-syarat tertentu seperti mempunyai pendidikan formal bagi mengisi jawatan dalam JPA.
''Daripada pandangan dan nasihat persatuan OKU, kita boleh menentukan jenis pekerjaan yang mampu dilakukan mereka seperti orang cacat penglihatan boleh memberi khidmat kaunseling,'' katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Sidang akhbar itu diadakan bagi menjelaskan pelaksanaan satu peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada OKU yang tercatat dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil.3 Tahun 2008 berkuat kuasa 1 April lalu.
Banyak pekerjaan kata beliau, boleh dilakukan oleh OKU daripada kerani sehinggalah kepada pensyarah mengikut latar belakang pendidikan dan tahap kecacatan mereka.
Yen Yen menambah, sehingga hari ini seramai 220,000 OKU berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan daripada jumlah itu hanya 581 orang berkhidmat dengan JPA.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, Senator Profesor Datuk Dr. Ismail Md. Salleh yang mewakili OKU di Parlimen turut dilantik untuk membangunkan kerjaya OKU.
Beliau berkata, kementeriannya juga akan menjadi fasilitator untuk menentukan tugas yang bersesuaian dengan keupayaan OKU.
Dalam menangani masalah OKU pula, katanya, pihak majikan atau ketua jabatan perlu mempunyai kesediaan untuk mengambil golongan ini bekerja dan dalam masa yang sama, OKU mampu memikul tanggungjawab yang diberikan.
Mengenai penyertaan OKU dalam sektor swasta, beliau berkata, ia juga kurang memuaskan apabila 50 peratus OKU meletakkan jawatan dalam tempoh enam bulan percubaan.
''Oleh itu kita akan mengkaji punca peletakan jawatan OKU di sektor swasta di samping mengenal pasti mekanisme untuk menjalankan kaunseling serta tunjuk ajar mengenai bidang tugas yang mereka lakukan,'' katanya.

Terima kasih MFD usaha membantu orang Pekak.

2 comments:

Anonymous said...

Marzuki akan dikeluarkan dari komuniti pekak dan akan di senarai hitamkan dari segala aktiviti warga pekak.

Beliau adalah punca segala masalah yang wujud diantara dalam orang pekak.

Berita ini i dapat dari individu yang kerja cafe

Anonymous said...

bagaimana pula oku kurang pendengaran seperti saya ini..