Tuesday, May 6, 2008

Kerja Kosong di Jabatan Kerajaan Untuk OKU

Ini emel yang diberikan oleh kawan Pekak saya:

Saudara/saudari semua,
Untuk makluman saya dan Sariah Ibrahim telah hadir ke taklimat khas oleh YB Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat pada 5/5/2008 jam 6 petang. Beliau memaklumkan dibawah RM9, 10,000 jawatan kosong di sektor awam telah diperuntukkan kepada OKU.
Pihak MFD telah memperjuangkan kelonggaran syarat iaitu kepujian dalam BM di peringkat SPM serta umur. Pihak SPA/JPA telah bersetuju untuk memberikan kelonggaran untuk kita. Pihak MFD juga telah diarahkan untuk mencadangkan jawatan yang sesuai untuk kumpulan kita.
YB Menteri juga telah mengundang saya ke sidang akhbar jam 12 tgh pada 6/5/2008 bagi mempromosikan peluang pekerjaan tersebut.
Sehubungan dengan itu, saya memohon anda semua menghebahkan kepada semua rakan Pekak kita dan kepada sesiapa yang berminat untuk bekerja dengan kerajaan membuat permohonan melalui persatuan masing-masing. Format permohonan belum disediakan oleh JKM tetapi saya cadangkan supaya kita bersedia terlebih dahulu dengan menyediakan resume, salinan sijil (yang penting sahaja), jawatan yang dipohonkan (mengikut kelayakan dan minat anda) dan dihantarkan kepada persatuan Pekak negeri.
Selepas itu, pihak MFD akan menyerahkan permohonan kepada JKMM untuk tindakan selanjutnya.
Sebarang pertanyaan sila menghubungi saya melalui emel.
Sekian dan terima kasih.
Yang benar,
Mohamad Sazali Shaari

Awas - saya bukan Mohamad Sazali Shaari OK...

7 comments:

Anonymous said...

good..good..i cuba ok boleh?kerajaan kalau kerja sangat baik.masa depan boleh jamin.

Anonymous said...

YKDC nak tolong kumpul pekak sabah perlu memohon kerja kerajaan. Jadi MFD boleh beri surat rasmi pada kami.

Anonymous said...

Marzuki akan dikeluarkan dari komuniti pekak dan akan di senarai hitamkan dari segala aktiviti warga pekak.

Beliau adalah punca segala masalah yang wujud diantara dalam orang pekak.

Berita ini i dapat dari individu yang kerja cafe

Anonymous said...

Pengambilan pekerja ke sektor awam mestilah melalui proses pengambilan oleh suruhanjaya perkhidmatan awam (spa) dengan isi (Borang spa8)
apakah oku tidak perlu melalui proses spa tersebut?

Anonymous said...

kalau bukan OKU pekak mcmana?OKU anggota.seperti polio.ada peluang juga kah?

Anonymous said...

hye nie semua citer sal pekak jer...
sy nie yg oku kaki mcm mane pulak...

Anonymous said...

Salam dan sy OKU(kurang pendengaran) juga boleh cakap. Sy nak tanya mcmner jika ingin kerja utk kerajaan tapi boleh masuk umur dr 18 hingga 50? Utk lelaki dgn perempuan? Sy mohon jawatan sebagai pembantu pejabat dan sy dah lama tak keje sbb bosan dok rmh. Jika dah kawin boleh mohon keje?