Wednesday, August 27, 2008

Mesej kepada pemimpin MFD/MSFD

Lelaki pekak dan bisu dipenjara empat bulanKemaskini: 27/8/2008

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki pekak dan bisu dijatuhi hukuman penjara empat bulan setelah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencuri dan gagal menunjukkan kad pengenalan apabila diminta pihak berkuasa.

Lum Chong Weng, 36, mengaku mencuri lapan botol syampu jenama “Head & Shoulders” bernilai RM158.40 di kedai Watson, Tingkat 1, Kota Raya, Jalan Tun Tan Cheng Lock di sini pada pukul 2.30 petang, 24 April lalu.

Bagi kesalahan mencuri dia dihukum penjara empat bulan dan dan penjara sebulan bagi kesalahan gagal menunjukkan kad pengenalan.

Bagaimanapun, Lum hanya perlu menjalani hukuman penjara empat bulan selepas Majistret K.Pavani memerintahkan hukuman itu berjalan serentak bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu 24 April lalu.

Lum yang mempunyai dua rekod kesalahan lampau mencuri, menerusi jurubahasa bahasa isyarat, memohon hukuman ringan kerana kesalahannya mencuri "rekod lampau” telah lama berlalu.

..... bawah ini komen mohd azahar 83 dari epekak group..............

teruknya komuniti pekak bisu sekarang.... .tidak habis-habis masuk surat khabar (nak popular ke macam mahu masuk neraka je,hampeh).. ..komuniti pekak bisu amat dihormati dan istimewa dikalangan masyarakatkita....namun amat kecewa kejadian ini tidak diingini masyarakat kita....kemana hilangnya kepimpinan komuniti kita....
Wahai presiden pejuang pekak bisu tengah tidur ke? cadangan aku , kita mesti adakah pameran/forum/ taklimat kesedarankomuniti pekak bisu mengenai undang-undang negara kita....
Anggota polis juga perlu hadir memberi petunjuk,hukuman, dan lain-lain.disambil itu jabatan kebajikan perlu terlibat untuk memberipengetahuan, merekod kad keahlian oku,dan sebagainya utk membantukomuniti kita.
Pameran kerja kosong untuk komuniti pun mesti diadakan juga sebab aku rasa dikalangan komuniti kita banyak penganggur.
wahai kawan2(komuniti pekak bisu), sila beri komen ......

1 comment:

Anonymous said...

Betul. Setuju. Presiden MFD jangan tidur dengan duit juta ok. Buat porgram bangunkan belia, orang tua dan lain2.
Presiden MSFD juga buat aktiviti sukan, jangan putar belit sibuk bisnis mahu cari nafkah je ok. Banyak program sukan belia pekak akan maju tanpa masalah sosial. betul tak?
maaf bahasa kurang pandai.
adios.